Hidup,kehidupan...

kehidupan ini sama sahaja seperti kabus yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap..
Sesungguhnya manusia juga seperti nafas sahaja dan semuanya sia-sia hanya yang menghayatinya sahaja mengerti akan makna kehidupan yang sebenar...


Ramai yang hanya berharap pada kehidupan dunia dan mereka menganggap inilah syurga yang sebenar...
Setiap hari mereka hanya sibuk dengan urusan-urusan dunia..
Aku tak kata semua urusan dunia tu tak penting maksud aku urusan-urusan itu dilakukan sehingga melalaikan tanggungjawab pada yang Esa..
Mereka melupakan diri bahawa saat itu bakal tiba apabila segalanya berakhir dan kita bakal kembali ke tempat yang hakiki kelak sama ada syurga atau neraka..


Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Walau bagaimanapun Allah memberikan petunjuk,ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri kerana kehidupan yang sebenar bukan lah di dunia yang sementara ini tetapi di sana kelak..


Jadi waspadalah supaya jangan menghanyutkan diri dalam dosa, kesenangan dna keseronokkan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan-Nya agar selamanya kita hidup dalam rahmat-Nya...

* Lama nya rasa tak mengupdate blog,nak menaip pun rasa malas ya amat...
nak kata bz xdela bz sgt pun...
Alhamdulillah aku dah selamat sampai pun kat jitra ni..(lama dh sampai sebenarnye)
Tugas pertama bila dah ada dekat sini tanamkan keazaman utk terus berjuang membanting tulang empat kerat otak yang tak seberapa ni untuk terus study dan stdy baru 1st week rasa mcm dh nk pengsan dgn benda-benda yang nk kena beli untuk projek-projek yang bakal dipertanggungjawabkan...letih otak aku macam ni...

Cinta berlandaskan iman , cinta penuh bernafsu??

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..syukur ke hadratNya..
masih dan masih lagi diberi peluang nak mengupdate pagi-pagi buta ni..
maklumlah agak bz sedikit sampai blog  ni pun terabai dan di anak tiri kan..
blogwalking pun dah tak aktif macam dulu..
selepas blog dianak tirikan aku kembali aktif ber facebook balik..
tapi tu lah kan bila dah aktif ber facebook ni mcm hal yang kita tak nak tau terpaksa buat-buat ambik tau tak tau...
banyak betul status diari , sampai setiap saat ade je status nye..
" i cayunk u kewtat2.." (kewtat2?? bm failed)
" kuang ajaq punya tettt..ckp mcm haram..konon setia sampai bila belakang aku ada betina lain..." (lg kuang ajaq)
yang couple dengan cara couple nye..
yang belum kahwin dgn kes bercerai berainya , kadang-kadang nak tergelak pun ada..tak pela facebook depakan..

baiklah sebelum membebel dan merapu panjang lebih baik kita fokus pada tajuk..
"Cinta beriman , cinta penuh bernafsu??"

Cinta siapa yang tak kenal dengan cinta..
sesungguhnya dia memang terkenal dari artis-artis antarabangsa..
pembohong bagi sesiapa yang tak kenal dengan cinta..
Cinta adalah satu rasa yang tidak boleh diukur timbang berat dan ketinggiannya..
kerana bagi sesiapa yang sedang dilamun cinta akan merasa ianya lebih hebat berat dan ketinggiannya sehingga menganggap hanya mereka yang mampu menampung berat dan mencapai ketinggian cinta tersebut..
Cinta hadir dalam dua sumber iaitu dari nafsu dan dari Allah..


Dalam islam sendiri cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat..
Ini kerana islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta..
Yakni cinta kepada Allah , cinta kepada Rasulullah , cinta kepada agama , cinta kepada akidah juga cinta kepada makhluknya..
jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama , bersosial ,mahupun kepercayaan..Selain dari itu iman dalam islam juga ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang
sebagaimana sabda Rasulullah..

"Demi Dzat diriku ada di tanganNya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman , dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu mencintai . Hendakkah aku tunjukkan kalian  kepada sesuatu yang jika kalian lakukan  kalian akan saling mencintai ? Sebarkanlah salam di antara kalian .."

(HR Muslim)

Dalam hadis diatas, Rasulullah menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga adalah bergantung pada iman , maka cinta adalah syarat dalam iman,rukun dalam akidah dan asas dalam agama..
Cinta dalam islam adlah kaedah dan punya batas.
ia adalah petunjuk kearah mendidik jiwa,membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri dari dosa...

Tapi sayangnya konteks hari ini, cinta lahir sarat dengan nafsu dan menyimpang dari matlmat yang murni , saban hari kita didodoikan dengan lagu cinta, filem-filem cinta yang menghanyutkan kita dalam dunia khayalan yang merugikan sehinggakan ramai yang menyalah ertikan makna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan...


Cinta yang diilhamkan dari nafsu adalah lahir dari hati yang kotor , sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat . sifat-sifat keji bersarang dalam hati yang tidak dikikis , maka ketika itulah nafsu yang akan menjadi Tuhan dalam diri sehinggakan sipelaku tanpa sedar melakukan perkara-perkara yang disuruh nafsu termasuklah dalam meletakkan cinta , ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu..

Jatuh cinta kerana kecantikan yang tidak sepatutnya didedahkan..
jatuh cinta kerana kekayaan,handsome bergaya ada jawatan tinggi
serta lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu..
bagi yang yang jatuh cinta pada kecantikan yang didedahkan sedar lah anda ianya hanyalah cinta untuk mengisi keinginan nafsu  lelaki pada perempuan begitu juga sebaliknya...
Jatuh cinta pada kekayaan,kehandsomeman hanya sekadar ingin menumpang senang dan populariti itu pun salah satu dari cinta nafsu...

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan kerana nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka hilanglah rasa malu pada orang sekeliling apatah lagi  pada Allah...

Maka dari situ juga
Si perempuan sanggup gadai jiwa dan raga kepada si lelaki untuk membuktikan cinta..
Si lelaki bergolok-gadai untuk memberikan kemewahan kepada si perempuan untuk membuktikan cinta..
Akhirnya
bila yang perempuan sudah berbadan dua lelaki serta merta hilang cintanya..
pada lelaki pula,
" ada duit abang sayang busuk masam , takda duit abang blah la buat apa simpan pekasam..."
itulah cinta nafsu yang melulu , cinta hanya untuk kepentingan diri sahaja..

Cinta inilah yang banyak melanda orang-orang muda dilambung asmara ombak rindu , hingga sanggup buat apa saja, sekali pun bunuh diri kalau kena cerai talak 1000
walhal indah dan sedapnye sekejap je..
Sakitnya lama dan lagi dasyat ialah neraka kelak...

Oleh yang demikian renungkan lah hakikat "cinta" ini agar kita tidak terlajak didalam memahami erti cinta yang sebenarnya...

" Barang siapa yang ingin mendapatkan manisnya iman , maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah.." (HR Muslim)


*Relationship make me hurt..sudah-sudah la tu..

Tenang bila mengingatiMu


Assalammualaikum, salam sejahtera..

Alhamdulillah berkesempatan nak update setelah empat hari blog senyap tanpa entri asyik blog je yang tukar baju..kejap itu kejap ini..heheh..
Macam biasa entri kali ini entri perkongsian..

Selama berdiam diri aku tak buat apa-apa pun..cuma menyendiri di rumah , nak keluar pun rasa malas sebab aku bukan nya jenis suka keluar rumah tanpa sebab..
Berkurung dalam bilik lagi bagus bagi aku bilik adalah dunia aku sebab dekat situ aku boleh buat apa saja yang aku nak..peduli apa orang nak kata aku ni kera sumbang ke apa..
Yang penting ada privsi sendiri dan tak bising , rimas aku bising-bising ni..
Hobi utama bila duduk dalam bilik ni aku habiskan masa dengan baca buku sambil dengar lagu-lagu slow ( tengah baca buku layan lagu hardcore parah la jwb nye )

Sejujurnya bila dalam keadaan macam tu aku boleh tenangkan diri dari memikirkan masalah-masalah yang datang menerjah dua tiga hari ni..
Ketenangan boleh dicapai dengan pelbagai cara..
tapi apa yang aku nak kongsi kali ni adalah tentang
 "Ketenangan apabila mengingati Sang Pencipta.."


Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan yang belum pasti keadaanya atau kadang-kadang berasa lemah untuk berhadapan dengan pelbagai  cabaran dan halangan yang mendepaninya.Ini adalah kerana jiwanya penuh dengan prasangka negatif.
Mana taknya sikit-sikit fikir benda yang bukan-bukan,
Ada pulak tu sibuk memikirkan perkara-perkara yang tak relevan dan tak masuk akal..
sampai bila tak tenang asyik dok serabut situ jela..

Ketenangan jiwa akan dicapai apabila seseorang itu selalu mengingati Allah dan dia menyedari bahawa berada disamping Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan apabila dia kembali kepadaNya maka sebenarnya dia kembali berpaut pada asas yang kukuh..

Ingatkan Allah akan dtang kepada seseorang ketika waktu lapangnya..
alangkah banyaknya waktu lapang yang kita gunakan untuk menyendiri apatah lagi pada waktu akhir malam yang sepi..
Apabila kita ingatkan Allah , mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi disekeliling   kita dalam tak disengajakan akan timbul satu perasaan tenang dan timbul nya kelembutan hati sekiranya sebelum-sebelumnya hati ini keras untuk menerima perkara-perkara yg terjadi dalam kehidupan tanpa disedari mengalir air mata membasahi pipi mengharapkan ia mampu membersihkan debu-debu dosa yang menyelaputi diri memohon semoga Allah mengampuni segala khilaf dan dosa..

Termasuk dalam golongan orang yang mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti..

"....seseorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu mengalirkan air matanya..."
( Al-Hadis )

Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat didunia.
Tidak ada orang yang paling menderita didunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdamping dengan Allah...

Wassalam..
*Sila tegur jika salah..
** Baca buku-buku hadis ni selalu dapat idea nk buat entri perkongsian walaupn kadang terpesong sekejap dari maksud asal hadis tu..:)

Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita




Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Pagi-pagi buta ni aku spend masa untuk membaca buku yang tak terhabis lagi dibaca..
satu part dalam buku tu membuat aku tertarik untuk dikongsikan bersama...
Terutama kepada kaum hawa seperti aku juga...
perkongsian ni dibawah tajuk " Kenapa Kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri daripada Wanita "
dibawah ni adalah salah satu point yang aku ringkaskan dari pembacaan aku..
  • Pesona, daya tarik dan pengaruh

Ahli jiwa bersepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanamkan lelaki . al-Quran sendiri telah meletakkan kaum wanita sebagai pendorong nafsu keinginan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas ,sawah dan ladang . Itulah kenikmatan hidup di dunia , sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah.."

(surah Ali Imran: ayat 14)



dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini disebabkan tabiat lelaki itu mencari wanita,sedangkan wanita memancing dan menunggu dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk melakukan apa sahaja demi wanita. kerana hakikatnya wanita lebih mempesonakan lelaki darpada lelaki mempesonakan wanita..Hakikat itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita"



Dr. Muhammad Said Ramadhan al-buti berkata,

" wanita mampu, jika dia mahu untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dasyat kepada lelaki sehingga tidak dpat menghindarinya , dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak dan faktor pokoknya ialah wanita. Kerana itu tugas Islam yang paling besar yang diletakkan pada bahu wanita ialh supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka"



Sungguh serius penekanan tentang melindungi atau menyembunyikan senjata pesona (aurat),
separuh jalan aku menulis entri ni aku termenung sebentar , mengenangkan kembali apa yang aku buat dulu..
Ya Allah sungguh memalukan..
Aku mula sedar....

* Jangan terlalu obses dengan kecantikan fesyen duniawi sehingga bahagian yang patut kita selamatkan dari pandangan mata ajnabi kita dedahkan dengan rela..
begitu juga kalau bertudung jangan kepala sahaja bertudung tetapi badan seperti tidak berbaju jika sebahagian darinya sudah ditutup sempurna kenapa tak kesemua anda tutup dengan sempurna.. 
fahamkan maksud aku..

Selamat malam...........
Wassalam....

p/s: walaupun di alam maya ni tiada siapa yang pernah lihat dan tau siapa aku tapi di alam realiti ramai sahaja yg melihat aku..hmm..

Belum Masa..

Assalammualaikum..
Selamat pagi...
Cik Mimito , Cik Iffah , jiran-jiran dan semua pembaca blog buruk lagi hampeh aku ni..
pagi ni cuma nk buat entri karut marut je..
otak beku nak buat entri serius mcam dulu-dulu..

Pagi buta tadi chat dengan dia kejap..
Sebab kredit aku dah kong 2 hari..
dalam sibuk bersembang-sembang..
dia tanya buat apa tak tido lagi ni?
aku jawab tengah fikir nak buat macam mana dengan blog ni..
" haihh..tak habis-habis dengan blog dia.."
" Ni blog orang lain la.."
macam biasa dia memang tau sangat aku ni selalu berkepit dengan blog je..
memahami betul..
untungnye la awek die...hahah..
tapi ada satu yang tak best terselit diantara pertanyaan tu...
" Dia tanya kenapa editkan blog orang lain? "


Tau la dulu die designer laman web...
sibuk je nak suruh bayar-bayar...
suka hati la aku la nak buat macam mana lagipun edit sikit-sikit je..
Tak payah la bayar..member je..
Benda ni tak menyusahkan aku pun..setakat edit sikit-sikit takpe..
aku pun dah hafal koding-koding denim template tu jadi mmg takde hal kalau orang nk mintak tolong,aku sedia membantu...

Rasa nak penampor je bila dia asyik bebelkan benda yang sama..
Belum masa lagi aku nak mintak upah atau bayaran..
Mungkin lain kali je aku buat edit blog berbayar...
insyaAllah...
Ni pun dalam proses blajar semua tutorial yang ade,tapi aku takkan buat tuto sebab aku tak reti nk explain pasal benda-benda ni..

p/s: Dia tu teman tapi mesra...hahah..

== zzzZZZZ

Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..

KATA-KATA HIKMAH #1

1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A


Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa

Awak tau kan bujang-bujang ni kita kena enjoy



Betul ke hidup bujang ni kena enjoy??

Teman: " Bosan la hidup macam ni..serabut dengan tugas harian.."

Aku: " Habis Awak nak hidup yang macam mana? "

Teman: " Kalau boleh saya nak betul-betul jadi orang bujang..awak tau kan bujang-bujang ni kita kena enjoy..saya rasa saya nak enjoy puas-puas sekarang ni "

Aku: " kerja awak macam mana?? "

Teman: " Saya berhenti kerja dah..hmm ape pendapat awak..( nada suara agak perlahan..) "

Aku: " Enjoy memang boleh tapi jangan la sampai melalaikan , lupa akan perkara yang lebih penting untuk membuatkan diri awak senang dimasa depan kelak..Saya tak nak awak menyesal nanti saya cakap ni untuk kebaikan awak sebab ni jalan hidup awak..Saya sendiri pun ada jalan hidup saya..Fikir betul-betul , kita tak tau ajal kita bila entah esok entah lusa..Laksanakan tanggungjawab yang patut didahulukan jangan asyik fikir enjoy je..dunia ni sementara..Rebut peluang untuk jadi yang terbaik selagi hidup..Manfaat yang awak akan dapat kelak untuk diri awak jugak bukan untuk saya..:) "

*Sejujurnya aku tak faham apa masalah dia sebenarnya..sebab diapun tak nak bagitau semua...
Macam mana pulak dengan korang..??

P/S: ENJOY IS NOT THE WAY TO MAKE YOUR LIFE HAPPY FOREVER..

Selamat malam..
Assalammualaikum...

Jangan ungkap...



Jangan kata sayang jika hati masih belum rela..
Jangan ungkap cinta jika hati masih ragu..
Kerana ia akan membuat hati ini bertambah luka...



Jom baca sirah Nabi | Eleh sirah Nabi aku dah tau kot..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah Diberi kesempatan bersemuka kembali di alam yang tak nampak ni..

Berbalik kepada tajuk..
Bila ada orang nak bercakap tentang sejarah Nabi s.a.w atau bila dengar tajuk yang ustaz nak sampaikan dekat surau ke , dekat masjid ke , dewan orang ramai ke  , tentang riwayat hidup Nabi s.a.w atau Nabi-Nabi sebelum nya...
Cuba try flashback balik ada tak korang sebut ayat seperti dibawah ni..


  • " Eleh aku dah tahu cerita ni.."
  • " Lorh apsal nak cerita pasal benda ni budak tadika pun tau la.."
  • " Time sekolah dulu aku dah dengar pasal cerita ni.."
  • " Bosan la tak de cerita lain ke..benda budak-budak punye cerita kot"
Bila ada filem tentang perjuangan islam mula bertapak di Makkah , kita pun kata..Eleh , aku dah tengok , dah tau dah cerita dia macam mana..

disuruh dengar " emm aku dah pernah dengar la.."
disuruh tengok.." hmm..aku dah pernah tengok pun laaa..."

Macam mana pulak disuruh baca buku tentang sirah nabi ni???
Komfem jadi macam ni..
" Alamak ini yang paling aku lemah semangat ni.."
" Malas la nak baca aku ni dah rabun susah la kalau nak hadap buku lama-lama sakit mata, sakit kepala...(yang rabun sila jangan terasa sebab aku pun rabun) "
Tapi percayalah " Keindahan Membaca Tidak Dapat Dinafikan Amat Besar "

" Releks la..apa barang buku..sekarang dunia dah maju maklumat dihujung jari cari jela dekat internet..jangan la jadi kuno sangat baca buku tebal-tebal nak bawak pun berat gila..tengok aku bawak netbook ja senang..buku-buku ni dah tak laku la lagipun sapa nak baca benda berjela-jela..bukak youtube cari cerita pasal sirah nabi tengok dan dengar senangkan.."

Well der seriously aku cakap tak bermakna dengan ada nya kemudahan internet buku tak diperlukan dah mula-mula kau guna netbook tu pun guna BUKU panduan jugak kan..toksah nak kata kuno sangat la..Kalau ye pun kau cakap buku-buku ni dah tak laku apsal aku tengok Syarikat-syarikat penerbitan buku ni tak bungkus lagi duit masuk beribu-riban adela...Mana-mana aku p ada je orang yang jual buku, beli buku itu menunjukkan The beauty of reading is really awsome...
" Hanya orang yang membaca yang tahu nikmat dan kesannya.."
Macam makan ikan siakap masak sweet sour hanya orang yang makan sahaja yang tau macam mana rasa sweet tu dan macam mana rasa sour tu..

Kita yang beragama islam..jangan la mulut  sahaja yang mengaku mengatakan mencintai Rasullullah jika cerita tentang riwayat hidup Beliau pun korang tak sudi nak baca...
Sekadar mendengar dan lihat sahaja tidak memadai untuk kita mendalami dan memahami tentang sesuatu benda tersebut..



Buku ini telah dipilih sebagai sirah yang terbaik di dalam persidangan antarabangsa ketiga mengenai sirah Nabawiyah dan Hadis Nabi s.a.w. yang berlangsung di Qatar.


Tetamu terakhir disaat pengakhiran kehidupan duniawimu



Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Entri kali ni adalah kesinambungan dari entri yang lepas..


Seperti apa yang tertulis pada entri yang lepas aku pasti tak semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kita pada malam pertama di alam kubur..
Yang pastinya orang yang pergi membawa amal yang penuh pasti akan kurang sedikit rasa takut pada malam pertama dia dikubur kerana dia diterangi cahaya yang menerangi kegelapan di alam tersebut begitu juga sebaliknya.

Anas r.a pernah berkata:

" Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah ,baik dengan membawa keredhaan-Nya ( hari kewafatan ) , dan kedua iaituhari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal , dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam , adalah malam pertama kali didalam kubur dan malam dimana pagi harinya dilenyapkan tatkala Hari Kiamat."

Berbalik kepada tajuk..
tahukah anda siapa tetamu terakhir tersebut??

Ketahuilah bahawa
kedatangan dia bukan lah kerana dahagakan hartamu yang bertimbun-timbun,
Kedatangan dia bukanlah kerana mahu dihidangkan makanan yang lazat daripadamu,
Kedatangan dia juga bukanlah kerana ingin meminta bantuan untuk membayar hutangnya atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu diselesaikan..
tidak sama sekali!!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Tiada siapa pun dikalangan kalian yang mampu mengagalkan misi nya meskipun dunia sekarang sedang gah dengan kuasa nuklear yang mampu membinasakan sesebuah jajahan dengan sekelip mata pun tidak mampu membinasakan misi nya.Wlaupun anda tinggal didalam istana yang serba lengkap dengan sistem kawalan yang serba lengkap, anda tidak akan dapat juga mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu..

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk,meminta izin tau membuat temu janji terlebih dahulu dia akan datang bila-bila waima dalam keadaan apa sekalipun..
Ketika kamu sedang sibuk atau bersenang-senang, sedang sihat atau pun sakit , semasa anda kaya atau sedang jatuh miskin , Sedang berfoya-foya tauapun sedang beribadah..

Sahabatku sekalian,
pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah , ia tidak akan dipengaruhi oleh ucapan manis mu yang dulu dapat mencairkan hati mana-mana wanita yang lemah atau merasuk mana-mana lelaki supaya sujud didepanmu...tangisanmu dulu yang boleh membuatkan orang sekeliling simpati akan keperitan dan kesedihan yang kamu lalui..Bahkan jika disogok denga harta setinngi langit pun dia tetap tidak akan berpaling dari urusanyang telah ditetapkan itu..

Sungguh!!
dia hanya mahu kan kamu bukan orang atau pun benda lain.. dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu!!!
DIA LAH MALAIKAT MAUT!!

Allah SWT berfirman:
" Katakanlah , 'Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu ; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut itu sesuatu yang pasti?
Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut bakal mengakhiri hidupmu dan juga segala aktivitimu, menutup segala lembaran amalmu?
Sedarkah anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan perjalanan usia sudah mendekati destinasi terakhirnya?

Mana persiapanmu untuk bertemu malaikat maut wahai sahabat ku?
Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya, menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dialam kubur , di padang mahsyar, ketika perhitungan hisab , ketika diperlihatkan lembaran amal mu, ketika melintasi shirath dan berdiri dihadapan Allah Al-Jabbar??

Dari ' Adi bin hatim r.a dia berkata , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak seoarang pun dari kamu melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat , tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikan nya dan memandang yang lebih sial darinya,maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya.Lalu memandang dihadapannya ,maka ia tidak melihat selain neraka dihapan muka nya. kerana itu takut lah api neraka walaupun dengan sebelah biji kurma dan walaupun dengan ucpan yang baik." 
Akhir kata..
Muhasabah lah keatas dirimu begitu juga aku..
disaat masa lapang fikirkan lah betapa cepat berakhirnya waktu hidup ini..

SUMBER: Sebahagian dari pembacaan..

Lelaki yang dipastikan masuk syurga..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Memandangkan hari ni cuti lg aku mengambil peluang untuk online seharian tapi untuk menaip entri sendiri tu tak de idea lagi la..
Aku cuma blogwalking senyap-senyap dan baca beberapa post yang disharekan dekat page-page yang ada dekat FB tu..
Banyak cerita-cerita yang bagus untuk dijadikan bahan untuk mengmuhasabahkan diri..
siapa kata FB tu tak bagus? cuma kena pandai la nak buatkan fb tu jadi bagus..ye tak?
Dalam banyak cerita yang aku baca tadi aku tertarik untuk kongsikan cerita ni..
Dimana seorang hamba Allah yang biasa amal ibadahnya tetapi terp[ilih untuk menjadi salah seorang penghuni syurga...


Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian, “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,”
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas.Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya:

“Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu.Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga,”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yangsaudara saksikan” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam.Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri.Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu.

Lelaki itu dijanjikan Allah syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.

SUMBER

Entri Minggu Lepas : Malam Pertama yang menakutkan

Ketakutan Pada Malam Pertama...

ehsan google
Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa lagi..
Apa khabar semuanya..
Syukur alhamdulillah jika baik-baik sahaja..
bagi yang kurang baik banyak-banyaklah bersabar ,bertawakal kepadanya dan akihir sekali redha dengan ujian-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya..

Berbalik kepada tajuk , Ketakutan Pada Malam Pertama??
Amboi laju je kau bila tengok tajuk malam pertama ye..
Tapi cerita kali ni
Bukanlah cerita malam pertama bagi yang dah berkahwin atau pun yang tak kawin lagi err..ade ke??
Tapi perkongsian/cerita kali ini berkisar tentang "Ketakutan Malam Pertama di Kubur"


Ibnu Umar berkata:
" Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya didunia . Tentu tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam rahim ibunya."


Siapa yang mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan nyata. Siapa yang tidak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh dan tidak ada lagi tipu helah yang dapat dilakukan walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah berkata-kata,pandai berbelit lidah,pandai memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi dialam barzah nanti , wajah mayat nya yang pucat itu jelas mengambarkan tiada guna lagi lidah yang dahulunya fasih berhujah.

Tangannya yang suatu ketika dulu menunjukkan kuasa akhirnya terikat dengan kapan sendiri.Kaki yang dulu kukuh menginjak kepala orang yang dianggap miskin dan hina kini menjadi habuan kala dan ular berbisa.Wajah yang dulu berseri-seri yang selalu dipuja-puja manusia kerana kecantikannya rosak binasa dimamah oleh semut tanah yang apabila mereka mula mengigit akan terasa sakit teramat sangat..
Mereka mula mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya , berpindah ke mulut busuk lantaran suka mengumpat, naik ke hidung yang sombong , kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan.Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi kerana marah akan kezaliman yang dilakukan dahulu.
Jika semua manusia boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa nescaya tiada lagi kehidupan dimuka bumi ini.

Masih adakah ketakutan yang lebih dasyat dari ketakutan melalui Malam Pertama di Kubur?
Bagaimana pula denga rasa sedih yang menghantui mayat terbuang sendirian?
Dimanakah isteri, anak dan saudara-mara yang dulu mengasihi?
Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan tidak lagi diperdulikan kamu yang sudah tiada..
Bagaimana perasaan lelaki atau wanita itu jika isteri atau suami mereka melupakan kisah cinta mereka berdua??

Perasaan sedih dan takut boleh mengoncangkan hati sesiapa saja didunia ini.
Tetapi kita boleh mengubati rasa sedih dan takut itu jika kita masih hidup..
Bagaimana pula bila kita sudah mati?
Siapa yang mahu menolong kita dari seksaan perasaan sebegitu?

Hanya Amal yang mampu menolong dan menemani ketika kita dalam ketakutan dan kesedihan ketika didlam kubur nanti.Mata yang membaca al-Quran , lidah yang suka berzikir, tangan yang sentiasa bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.Semuanya menjadi cahaya menyinar kegelapan didalam kubur kelak.
Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan kelak..



Renungan kembali:
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..



SUMBER: Sebahagian perkongsian melalui pembacaan.

* Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat...



Selamat Hari Lahir | Syukur masih diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini

Ya ALLAH,
sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini

dan masih memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Mu..
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU

kerana kadang-kadang ku alpa terhadap perintahmu
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku

Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU

Walaupun kadang-kadang semangat aku jatuh kerana dugaanMu...

Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH

aku sedar terlalu banyak dosa dan noda yang telah aku lakukan
tetapi aku yakin Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini...















*Baik Lah sempena Birthday aku..
Hari ni aku open table..

Sesiapa yang hendak bertanya tentang diri aku dipersilakan...
InsyaAllah aku akan cuba menjawab...

Die tanye macam mana nak maju tapi aku?? | tak reti nak jawab..



Jika anda ingin mencari orang yang paling gagal tetapi paling berjaya, Thomas Alpha Edison adalah orangnya.
Beliau adalah contoh insan yang paling kuat semangat di dalam mengejar impian.
Beliau mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan.
Jadi tiada alasan bagi anda untuk bangkit dari kegagalan walaupun perlu bangun dan jatuh berkali-kali. Apa yang kebanyakan dari kita tidak sedari adalah maksud positif di sebalik satu kegagalan yang berlaku.
Kita sering melihat kegagalan pada sudut yang negatif sehingga terlupa melihat di sudut yang positif. Sebenarnya kegagalan adalah satu proses menuju kejayaan. Berapa kali anda gagal bukanlah satu ukuran, tetapi ukuran yang sebenarnya adalah bagaimana anda bangkit dari setiap kegagalan.

Ada seorang kenalan bertanya macam mana nak maju dalam dunia blog ni dan aku sedikit gugup untuk menjawab..
Permulaannya aku hanya memberikan beberapa link blog yang aku anggap bagus untuk dia buat sedikit rujukan maklumlah aku pun bukan maju sangat dalam dunia blog ni..Ape korang ingat follower aku dah meraban macam tu aku ni maju sangat...
Baru 6 bulan lebih berblog takde la maju..banyak jugak benda yang berlaku dalam masa 6 bulan aku berblog..
Eh berapa kali aku cakap nak lari dari blog ni??
banyak kali jugak macam tu kata aku maju...

Untuk maju bukan lah mudah dan bukan lah susah...
Yang penting keyakinan korang untuk meneruskan sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh tanpa ada ragu-ragu..
Kalau asyik pikir..
"Err...boleh buat ke ni?? takot tak de orang nak bace je...nanti jadi macam syok sendiri la pulak.."
macam mana nak maju..macam mana nak berjaya..
lupakan dulu pasal benda tu...
Yang penting buat je dulu kalau tak mula buat macam mana nak tau benda tu boleh berjaya atau tak...
Nak buat pun kena ada target jangan main hentam je...

motif kau buat blog??
Nak cari duit poket?
nak buat tempat luah perasaan ke??
nak buat tempat caci maki hamun orang ke??
tempat cari jodoh ke??

kalau tanya aku..
errrr....sory aku gagap...


p/s:





owh bukan sengaja aku hidekan...warna tulisan die mmg sama dgn background...
skrg dh tukar pn..^_^

Air itu melebihi darah dan kencing anjing hitam


Assalammuaalaikum...
Alhamdulillah masih diberikan masa untuk berbicara diruang perkongsian ni
Entri kali ni masih bercerita lagi tentang solat..

Seperti yang kita maklum bahawa kebanyakkan hamba yang beriman akan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Namun apakah kesemuanya memahami apa itu solat dan apakah sesungguhnya solat itu serta apakah hakikat solat yang sebenarnya..??

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
  " Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.."

Tapi bagai mana pula bagi mereka yang bukan langsung tidak memahami hakikat solat malah tanpa segan silu meninggalkan tanggungjawab tersebut tanpa segan silu...

Perihal itu aku akan sambung kemudian..
Entri kali ni aku cuma ingin berkongsi sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW..

Di zaman para sahabat , ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat . Setelah diubat oleh banyak tabib , namun penyakitnya tidak juga sembuh.Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat Istikharah. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah,
" Ya Allah , Ya Rabbhi , seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allak aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup , sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anak ku sihat dan sembuh dari penyakitnya , aku akan bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akn mandi dengan air kencing anjing hitam."
Alhamdulillah berkat doanya itu , anak nya sihat dari penyakitnya . Namun dia tidak sanggup membayar nazarnya. Kemudian dia datang kepada Rasullulah dan bertanya kepada baginda. Baginda memrintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama islam , namun orang itu tidak pernah solat.Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya.
Kemudian minum  dan mandilah dengan air itu kerana air itu melebihi darah dan kencing anjing hitam.

Demikian lah , pentingnya solat bagi kita yang beragama islam...


Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

tunjukkanlah kami jalan yang lurus..


Agama dengan syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang hidup kita...
Kita juga diharuskan untuk selalu bermurah hati kerana hanya apabila kita dapat menjalankan tugas tersebut dengan penuh maka tercapai lah impian ke syurga..
Mungkinkah kita hidup dengan sempurna?

Berapa tekunkah kita menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita melakukan amal soleh agar dapat kita ke syurga...

Oleh kerana manusia tidak akn pasti dapat masuk ke syurga , maka banyaklah orang-orang yang tinggal dalam keragu-raguan , dalam kebimbangan dan dalam kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa agar ditunjukkan jalan yang lurus agar dapat mencapai syurga hakiki..

" Tunjuk kan lah kami ke jalan yang lurus.."
                                      ( al-fatihah: 6 )

Maksudnya tunjukkan lah kami jalan menuju ke syurga. Ini adalah idaman dan cita-cita setiap insan yang berakal..
Cuma yang masih menghairankan ada lagi para insani ( segelintir ) yang masih taksub dengan kehebatan duniawi sehingga sanggup memecah belahkan kehidupan , lalai dari melakukan segala amanah yang dipertanggungjawabkan..

-Autopost-

5 Cara Khusyuk dalam Solat


Alhamdulillah..syukur masih dipanjangkan umur untuk kembali bertemu dalam ruangan perkongsian ini.. kita masih berada dalam tajuk khusyuk dalam solat..
Dalam dua entri sebelum ini ada dipaparkan ciri-ciri untuk mencapai khusyuk dalam solat dan ada 7 ciri disitu , klik tajuk dibawah ini untuk entri yg sebelum nya:




Pada entri kali ini aku akan kongsikan 5 cara untuk khusyuk dalam solat..

 1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ] 
 Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat , niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengahdap ilahi. Disamping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Ini lah cara yang palin afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk

 2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ] 
 " Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah"
maksudnya: " Pandanglah satu diantara banyak , pandanglah yang banyak hanya satu.."

Kedua mata hendaklah dipejam pandang keatas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.

 3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ] 
 Untuk melahirkan solat yang khusyuk , sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah didalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin , tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun diatas dunia ini.

 4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah ] 
 Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita , seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mngatasi kudrat Allah SWT 

5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ] 
 Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.

 Cubalah kita lakukan yang bersesuaian dengan cara ini . InsyaAllah, kita akan dapat membezakan denga solat yang biasa kita buat kalau boleh cuba tengok sewaktu sebelum dan selepas solat. Berapa lamakah kita solat?? Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama 5 minit takkan jadi sesuatu yg luar biasa jika ianya lebih dari 5 minit jika kita buat dengan khusyuknya...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Sekadar perkongsian , maaf jika ada yang salah..
Sumber dari pembacaan.. 

Beberapa garis panduan atau pendekatan untuk menolong sesorang khusyuk dalam solat


Islam tidak menetapkan keterangan atau peraturan-peraturan secara langsung yang berkaitan dengan khusyuk dalam solat , namun didalam hadith Rasullullah ada dikaitkan dengan persoalan ini misalnya apabila seseorang yang hendak mendirikan solat sedangkan hidangan makanannya sudah disediakan maka junjungan kita memerintahkan supaya makan dahulu kalau waktu solat masih panjang lagi.
Selain daripada itu juga kita dilarang menahan kentut atau membuang air kecil atau besar sewaktu hendak mendirikan solat dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan kita bersama seorang ulama terkenal Hijjatul Islam Iman al-Ghazali ada mengeluarkan bebrapa garis panduan atau suatu pendekatan untuk menolong seseorang itu khusyuk dalam solatnya.

 Pertama:
  • Sesorang tu hendaklah mengetahui dan benar-benar memahami solat yang dikerjakannya.
 Kedua:
  • Hendaklah seseorang itu berhampiran dengan dinding atau sebagainya di sebelah hadapan.
 Ketiga:
  • Hendaklah pandangannya sentiasa ke arah tempat sujud.
 Keempat:
  • Tempat sujudnya itu janganlah hendaknya terdapat sesuatu gambaran atau lukisan dan sebagainya.

 Sebahagian besar ulama ataupun para guru menyarankan supaya kita meneliti setiap makna ayat-ayat yang dibacakannya. Maka dengan melalui cara ini , InsyaAllah Kita akan khusyuk dalam solat...

 Rasullullah pernah bersabda :
" Bermula Solat itu merupakn sebagai tiang agama , maka sesungguhnya sesiapa yang mendirikannya bererti ia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya bererti ia merobohkan agamanya.."

Sekadar Perkongsian..
sumber dari pembacaan... 

Khusyuk Dalam Solat


Adakalanya kita melihat orang solat bagaikan ayam makan padi belum sempat kepala menempel ditempat sujud telah bangkit semula dan tergpoh-gapah.
Apakah mereka itu khusyuk??
Kalau kita bertanyakan kepada para ustaz , bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk , 
secara amnya jawapan yang mereka beri ialah bacalah dengan mulut kemudiannya diertikan didalam hati.
Ianya betul tetapi agak sukar untuk dilakukan.

Pernah suatu ketika dahulu terdapat didalam sebuah majalah Indonesia " Panji Masyarakat "
yang ditulis oleh seorang ulama yang terkenal Prof. Hamka .
Seorang hamba Allah bertanya kepada beliau
" Bagaimanakah cara untuk mencapai solat yang khusyuk ?? "
Beliau menjawab :
" Aku sendiri sedang mencari kaedah untuk khusyuk dalam solat "

Berdasarkan al-Quran surah al-Qiamat :
Ayat 16:
" Jangan lah tergesa-gesa mengkumat-kamitkan bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaanya "
Ayat 17:
" Kami akan simpan dalam ingatan mu dan akan kami tetapkan bacaan dari mulutmu "
Ayat 18:
" Setelah selesai kami bacakan barulah kami membacanya "

Ini adalah bermakna anda perlu yakin seratus peratus sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu.
Sabar dalam mengerjakannya dan tidak lah perlu tergopoh-gapah. Redha dalam mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan . Selain itu ikhlas mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan . Kekuatan iman yakni yakin bahawa segala ketentuan Qada' dan Qadar datang nya dari Allah Azza Wajalla. Ilmu pengetahuan serta akal dan waras juga perlu bagi mengkhusukkan diri dalam solat..

Sekadar Perkongsian..
Sumber bacaan sendiri..

HAJAT TAK KESAMPAIAN..



Setelah punyai rumah besar, jawatan tinggi dan kenderaan, hati Zamil masih belum puas lagi. Zamil dapat rasai yang hidup ini kekosongan kalau tiada anak. Zamil dahagakan zuriatnya sendiri. Setiap kali dia melihat ibubapa memimpin anak anak mereka, teringin dihatinya mempunyai anak yang boleh menghiburkannya.

Sebelum berkahwin dahulu, Zamil adalah seorang pemuda yang hidupnya penuh dengan berpoya poya. Hampir setiap malam, dia akan ziarahi kelab kelab malam di semerata kota metropolitan Singapura untuk melepaskan nafsu buasnya. Minuman arak dan wanita wanita menjadi teman sepanjang malam.

Tapi segala gala berubah setelah dia berumahtangga dengan isterinya Aisyah. Dialah wanita yang terbaik sekali yang pernah Zamil kenali. Sudah 8 tahun mereka berumahtangga. Zamil begitu bahagia dan tenang sekali hidup bersama Aisyah. Zamil dapat rasai, Aisyahlah isteri terbaik yang pernah dia miliki. Namun sekian lama mereka bersama, sehingga saat ini, mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Hingga sekarang, Zamil tidak pasti siapakah puncanya sama ada dia atau Aisyah yang mandul. Sudah dia usaha pergi ke doktor memeriksa, tapi nyata mereka berdua diistiharkan sihat belaka. Hairan juga untuk Zamil memikirkan. Zamil selalunya menekankan aspek aspek kesihatan dalam kehidupannya sehari hari. Jadi mana mungkin Zamil mandul?

Zamil sudah mulai rasa bosan dengan kehidupannya yang dia lalui. Ada juga dia merasa malu dengan adik beradinya dan juga iparnya. Yang lebih memalukannya lagi ialah pada ibunya sendiri.

Masih terngiang ngiang perkataan ibunya" Hai....Mil, mak tengok dah lapan tahun kau kawin, kau tak nak anak kee..? Kau mandul kee..? Atau Aisyah yang mandul? Setiap kali dia pulang kerumah ibunya, kedengaran kememelan suara ibunya bak menjadi trauma pada dirinya.

Mulalah fikiran jahat berligar di fikiran Zamil dan timbul hasutan nafsu mula merasuk disegenap dirinya. Perasaan Zamil mula benci kepada Aisyah isterinya. Semua kata katanya yang keluar dari mulutnya menumpahkan muntahan rasa mual. Semakin hari berlalu, semakin dia rasai kebencian membuak buak dalam hatinya.

Zamil mula balik kezaman bujangnya yang hampir tiap tiap malam dia ke kelab malam berpoya poya dengan bermacam macam wanita. Pulangnya mabuk hampir setiap malam. Kini nafsu Zamil beralih kepada seorang gadis kelabmalam yang bernama Rita. Rita sangat pandai dan bijak melayan nafsu Zamil hingga dia berjanji pada Rita segala hartanya dan wangnya akan ditaburkan pada Rita.

"Heii.... kau dengar sini baik baik perempuan. Aku nak kahwin dengan Rita sekarang jugak. Aku dah bosan hidup macam ini. Bosan dengan muka kau yang tak ada anak. Hari hari tengok muka kau boosaaaannn...........!!! Aku nak kau tandatangan borang ini sekarang jugak" suara Zamil begitu lantang sekali sambil mencampakkan borang putih dihadapan Aisyah. Dia tergamam. Dengan perlahan lahan dicapainya borang itu.

"Apa salah Aisyah, bang?" suara Aisyah bergetar getar menahan pilu dengan kata kata kesat Zamil itu.
"Sebab kau mandul....mandul!! Kau tak dapat beri apa yang aku mau!.... Aku nak anak, kau faham tak...?" kedengaran semakin lantang suara siZamil.

"Mungkin kita belum ada rezki lagi, bang....sabarlah. Barangkali dugaan kita bang. Allah mahu menguji kita bang, percayalah bang" Aisyah merayu dengan rayuan pilu pada Zamil.

"Aaahhhh!!.....Aku tak perduli itu semua. Kau tahu tak, dah lapan tahun kita kahwin. Kau suruh aku sabar. Kau gila ke. Sekarang jugak kau tandatangan borang ni.....sekarang jugak!!" desak Zamil berkobar kobar.

"Aisyah tak boleh bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Aisyah boleh bang. Tapi kalau dengan siRita tu..... Aisyah tak sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih dengannya bang."

"Kenapa bukan dengan Rita?" tanya Zamil penuh saru. "Kau fikir kau tu baik sangat ke?"

"Okay...baik, kalau kau tak nak tandatangan borang ini..... aku akan ambil jalan mudah. Mulai hari ini, aku ceraikan kau, Aisyah bte Abubakar dengan talak tiga!!!" Bergegar Arasy dilangit ketika mulut Zamil lantang melafazkan kata kata keramat itu. Zamil begitu puas sekali dengan ungkapannya.


Aisyah hanya tergamam kaku. Airmatanya terjurai mengalir laju. Beliau seolah olah tidak percaya akan kata kata suaminya yang tersayang itu. Segala impian mahligai yang dia bina selam lapan tahun lamanya berderai bak kaca jatuh kelantai berkecai. Pulanglah Aisyah balik kepangkuan keluarganya.

Bagi Zamil pula, dia berasa bebas sekarang. Dia boleh buat sesuka hatinya. Dia merasai bahwa dunia ini begitu luas seluasnya. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakannya lagi.

Hubungan Zamil dan Rita semakin hari begitu intim sekali. Nafsu mereka berdua semakin menjadi seumpama suami isteri walaupun mereka belum bernikah. Semenjak perceraiannya dengan Aisyah, hati Zamil sudah tertutup dan tawar sekali dengan ikatan pernikahan. Dia rasai ikatan seperti begitu hanya menyusahkan dirinya. Biarkanlah dirinya begitu dengan tanpa sebarang ikatan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab, sedangkan apa yang diperlukan boleh diperolehi dengan percuma saja.

Bagi diri Zamil, anak bukan lagi bermain difikirannya. Yang hanya tinggal berpoya poya dengan Rita. Zamil bahgia dengan jalan sesat yang dia pilih itu.

Hampir selama bertahun tahun lamanya Zamil alpa dengan dunianya. Bayangan dan ingatan Aisyah pada dirinya sudah hampir jauh tenggelam. Zamil umpama musafir yang kehilangan arah panduan. Datanglah diingatannya dan nalurinya untuk kembali menyucikan dirinya yang jijik lagi najis untuk kembali kejalan lurus. Keinginannya untuk mengikat Rita dengan ikatan yang sah sebagai isteri ditolak bulat bulat.

"I belum ready nak kahwinla Mil. Buat apa kita kahwin, kan best bebas cam gini"dengan selamba saja Rita mengeluarkan kata kata yang mengguris hati Zamil.

"Lagi pun I nak beritahu you yang I dah ada sugar daddy yang lebih best dari kau Mil. Dia kaya, handsome, macho dan ada kereta besar. Bukan macam kau, asyik asyik naik teksi bosanlah. You pergilah balik dengan bekas isteri kampung you tu. Lagipun, isteri kampong you tu memang secocok dengan you Mil." dengan segera Rita capai beg tangannya hendak meninggalkan tempat itu lalu Zamil genggam lengan Rita dengan pantas menghalang dia pergi dari situ.

Dengan wajah yang marah lagi merah padam Zamil menjawab"Oooo.....lepas harta aku kau habiskan, kau nak tinggalkan aku bulat bulat ajer yeee. Kau ingat kau boleh lepas dari aku Rita. Perempuan macam kau lebih baik mati daripada hidup." terbeliak mata Zamil kemerahan memandang Rita.

Rita pun memetik jarinya memberi insyarat kepada bodyguard disitu. Selang beberapa minit, muncul beberapa orang lelaki yang berbadan besar lagi tegap berdiri bersebelahan Rita.

"Ohhooo....panggil bodyguard!! Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau tu haa..? Dasar betina jalang, perempuan sundal......" Buk...bedebuk..buk..buk...buk.....!!! Pergaduhan berlaku antara Zamil dan bodyguard bodyguard itu. Zamil rasakan mulutnya begitu pedih dan matanya berpinar pinar. Zamil rasakan tiba tiba dunia ini gelap gelita tanpa cahaya. Dia terlentang dilantai pengsan berlumuran darah dek dibelasahi oleh bodyguard bodyguard Rita. Tiada siapa yang perdulikan Zamil.

Apabila Zamil membuka matanya. Segala galanya putih terang benderang. Tertanya tanya Zamil " Dimanakah aku......? Dimanakah aku........?

"Abang....Abang.....Abang dah sedar? Syukurlah pada Tuhan." Kedengaran suara lembut menegur Zamil dengan perlahan. Rupa rupanya Aisyah yang berada disisi Zamil. Begitu sejuk sekali Zamil melihat wajah bekas isterinya itu. Betapa rindunya Zamil dengan belaiannya.

Tiba tiba suara keluar dari mulut Zamil " Aisyah........ abang rindukan kau Aisyah. Abang dekat mana ni, sayang?" Zamil mengerut gerut dahinya. Dia cuba bangun namu terasa kesakitan diperutnya kuat mencengkam.

"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Luka banyak dikepala dan badan Abang. Ambulance datang angkat abang ke hospital. Nurse yang talipon Aisyah. Mereka kata dalam dompet Abang ada nombor talipon Aisyah." dengan wajah yang lembut, Aisyah terangkan kedudukan perkara yang sebenar.

"Terimakasih Aisyah....... sudi kau jaga Abang yeeer" Zamil cuba mencapai tangan Aisyah, lalu ditepis oleh Aisyah dengan lembut sekali. "Aisyah bukan lagi isteri Abang. Kita bukan muhrim lagi. Aisyah jaga Abang atas dasar keikhlasan hati Aisyah sendiri dan menolong seorang insan yang sangat memerlukan" kata kata lembut yang keluar dari mulut Aisyah membuat hati Zamil tersentuh pilu. Betapa suci lagi leluhurnya hati Aisyah.

"Aisyah..........abang begitu bodoh sekali melepas kau Aisyah. Abang terlalu mengikut perasaan nafsu abang ajer. Abang terburu buru buat keputusan. Aisyah.......berilah abang kesempatan selaki lagi, sayang? Terasa segala perasaan Zamil terhadap Aisyah tiba tiba menjelma kembali. Segala kenangan manis mereka berdua bermain difikiran Zamil. Zamil teramatlah rindu pada bekas isterinya itu.

"Abang.........abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Aisyah? Talak tiga tidak boleh dirujuk lagi bang...." suara Aisyah perlahan sekali. Zamil terpana dengan kata kata itu. Barulah Zamil teringat akan lancangnya mulutnya melafazkan talak tiga. Zamil sungguh menyesal sekali. Talak tiga tidak boleh dirujuk. Kecuali cari cina buta.

"Abang rehatlah. Aisyah nak keluar sekejap. Nanti Aisyah datang lagi" Aisyah dengan tergesa gesa menuju pintu. Suara Zamil tersekat sekat. Dia hanya mamapu melihat bayagan Aisyah hilang dari pandangannya. Airmata Zamil menitis kerinduan.

Timbul keinginan Zamil untuk kembali kepada Aisyah. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur."Abang nak Aisyah. Abang nak Aisyah kahwin dengan abang." Zamil seolah olah mendesak Aisyah supaya menerimanya kembali.

"Tak boleh.....tak boleh..!!! Abang tak faham ke?"

Aisyah terdiam seketika. Tiba tiba muncul seorang kanak kanak perempuan comel."Mama...Mama..siapa nie?" Wajahnya saling tak tumpah seiras Aisyah. "Aisyah dah kahwin bang. Aisyah bahgia sekali dengan hidup Aisyah sekarang. Aisyah tidak boleh mengecewakan suami Aisyah bang." Terpegun dibuatnya. Wajah Zamil berubah apabila mendengar kata kata Aisyah itu. Tak sangka dia...... Aisyah boleh menghasilkan zuriat, yang mana dulu disangkakan mandul.

"Bang......ini suami Aisyah..Doktor Azman. Kami dah 5 tahun kahwin. Dan ini anak kami Fitri" Tangannya membelai lembut rambut Fitri. Betapa lukanya hati Zamil hancur bederai bak gelas jatuh bederai dilantai. Terlalu pedih untuk Zamil menelannya. Tidak sangka selama ini yang merawat dia adalah suami Aisyah.

"Abang....Aisyah balik dulu. Halalkan makan minum Aisyah selama bersama abang. Aisyah berdoa agar abang bahagia selalu. Zamil hanya menganguk lemah longlai. Wajah Aisyah yang lembut lagi ayu itu ditatap tajam.

"Fitri....mari sini, salam uncle Zamil" Aisyah mencapai tangan kecil Fitri dan menghulurkan pada Zamil. Zamil hanya tersenyum lalu menyambut tangan halus Fitri. Pipi gebunya dicium Zamil. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa disedari, airmata Zamil menitis berlinangan.

"Kalaulah ini anakku.......Aisyah...!!!Abang menyesal lepaskan kau Aisyah...Ooohhh..Aisyah. Hati Zamil menjerit pedih kepiluan. TAMAT.

sumber

* entri terbaru adalah autopost...sory tak dapat balas jejak..
bz + tak sihat sangat..

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


Sumber..

Manfaatkan Ilmu itu...




Permulaan hidup amat menyukarkan begitu juga permulaan blog aku ni....
aku pun xpasti dari mana sebenar nya datang idea nak berblog ni..

Itu bermakna aku mula melangkah ke dunia blog dengan zero kosong xde apa2 ilmu di dada tentang blog..

Apa-apa pun tujuan aku berblog  cuma nak berkongsi apa yang ada dekat dunia ni...selagi masih hidup perkongsian ilmu itu adalah tanggungjawab kita sebagai manusia....
Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak.
Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


faham hadis di atas??

 tidak semesti nya hanya yang mempunyai kelayakan shj yg boleh menyampaikan ilmu...

kita yg tak ada apa pengiktirafan pun boleh berkongsi ilmu selagi ia boleh membawa manfaat kepada kita ianya layak di gelar ilmu walaupn dengan hanya sebaris kata...

dan jangan la pula anda semua salah dalam menyebar kan ilmu seperti yang kita tahu sekarang macam-macam perkara yang telah banyak mempengaruhi anak muda sekarang...

MAKSUD KELEBIHAN ILMU YANG BERMANFAAT BUKAN LAH HANYA BILA SESEORANG ITU ALIM DALAM BIDANG al-QURAN ATAU MUNGKIN JUGA RAJIN BACA QURAN..

KENAPA BEGITU BOLEH LIHAT SINI



Spontaneous Thursday#9




" I'm Sick..."

Kau ni baik sangat..bodoh betul la..


 Bertemu lagi kita dalam ruangan yang tak nampak ni ye..
aku tau komfem naik muak dengan ayat yang sama tu..
peduli ape aku..hahah
ok-ok back to main point..

Betul ke orang yang baik ni selalu kena pijak?? Means  [ maksud ] selalu kena buli , kena arah buat itu dan itu dan dia pulak tak kesah ikut je apa yang orang suruh..

Ade yang jawab:
 " memang patut pun sape suruh bodoh sangat ikut je ape yang aku suruh , alang-alang dah bendul sangat aku suruh jela die buat kurang sikit kerja aku "

" Yup orang baik selalu kena pijak sebab lurus sangat.."


Kawan aku:
" Han toksah la baik sangat , aku tengok kau ni ape yang orang mintak tolong semua kau ye kan je..aku tengok cara dia mintak tolong macam memaksa..sikit-sikit tak pe ni semua benda die suruh kau.."
aku:
" Tak pe..aku nak tengok sejauh mana kebodohan die tu..die ingat aku tak tau ape yang die dok canang satu hostel ni.." [ cerita lama ]

Hoho..releks dulu tak semestinya orang yang baik suka tolong member atau apa sahaja yang sewaktu dengan nya tu bodoh , tolol , lurus dan bendul..
Sebenarnya orang yang selalu memperbodohkan mereka-mereka yang tergolong dalam golongan yang aku sebut tadi adalah lagi bodoh dari mereka-mereka yang dianggap bodoh...

Kenapa??

yela..
bukan ke bagus ade orang yang macam tu ikut je ape kerenah korang bukan die nak jadi lurus dan bendul tapi just jaga hati kawan sekurang-kurangnya hargai la sikit ni tak lagi kau mengada-ngada adela..
Mentang-mentang la die tunjuk lurus dan bendul kau boleh la suruh die macam-macam...

*well aku ni memang susah nak cakap Tidak...sebab tu aku selalu je di perbodohkan oleh orang-orang yang lagi bodoh..
WT Frozen throne cheat!!!


P/s: takde mood...


Asyik-asyik aku..takde orang lain ke???


Rasanya lama tak buat entri yang betul-betul entri..
Eh tapi macam mana pulak entri yang betul-betul entri...
Fikir la sendiri..huhu..

Pertama sekali syukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi dipertemukan dalam dunia yang tak nampak ni..
Semoga pertemuan ini  dijadikan ibadah...
Macam mana hari ni??
Baik-baik kah??
Yang pastinya ramai yang bercuti hari ni macam tu jugak aku , kerja je memanjang tak boleh jugak kena ada rehat nya baru ada ummphh..

Sebut pasal kerja , pernah tak anda marah-marah sebab asyik diandalkan dengan bos..
yelakan dah nama pun bos suka hati die la nak mengandal sesape yang die suka..
Tak kira la dari benda sebesar kuman sampai la sebesar dinosaur semua nye kite je..
Asyik kita..asyik-asyik kita...
" Haihh bos melampau asyik aku je takde pekerja dah ke?? "

Bukan setakat tu je ade lagi...
Pernah korang marah-marah..buat muncung itik atau pun bubbling korang punye lidah macam annoying orange..
Tapi hanya mampu dibelakang bos bila depan bos..
" Emm baik bos , takde hal la bos , bereh punye.."
Huyooo...plastic bag betul...belakang pijak dinosaur mati bila depan pijak sudu plastic pun tak patah...

Abang cantik , kakak hensem that is better than do not do anything....
Itu sememangnya cukup bagus dan bonus tau bila bos suruh kita dari tak suruh langsung bukan setakat tak suruh nak  pandang muka kita pun tak nak lagi teruk kan nampak sangat bos tak suka kita...

Bila dia dah tak suruh kita , kita tak dela peluang nak tunjuk kita ni pun hebat maka dengan itu kita pun tak adalah alasan nak mintak naik pangkat ke , up-up gaji ke..Nampak??

Jadi lepas ni tak payah la nak marah-marah , nak muncung-muncung itik bila kena suruh..
Bagus la tu walaupun kerja tu nampak tak releven dengan bidang kita tapi bos suruh jugak kita itu satu titik permulaan untuk tunjuk super power kita yang orang lain tak nampak...

Lepas ni toksah muncung-muncung dah la asyik-asyik aku , asyik-asyik aku kan lagi bagus kalau kenapa bukan aku..pehal bos ni selalu bagi aku kenapa tak bagi dekat aku...


"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."
* Bukan setakat kerja study pun macam tu jugak cuma situasi dia lain sikit..aku tau la sebab aku pun penah study jugak..

* try search aku kt MPH mid valley dlm pukul 11-12 nnt...nk cari buku baru..