PEREMPUAN VS RAMA-RAMA [ARTICL ILUVISLAM]

Melihat gelagat RAMA-RAMA membuatkan ramai orang jadi suka, ceria dan terpesona.. Sesungguhnya itulah dia ciptaan Allah yang Maha Berkuasa..Subhanallah!!.. Betapa indah dan sempurnanya penciptaan Allah.. Melihat pada kecantikan sang rama-rama, ana pasti ramai yang akan tersenyum.. Ia mengindahkan alam, malah menyerikan serta menyempurnakan sekuntum bunga.. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi sang rama-rama.. ;)

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya yang pastinya amat mempesona. Akan tetapi, kecantikannya tidak akan kekal selamanya jika banyak tangan yang menyentuhnya.



Warna dah corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama telah hilang untuk dikagumi.



Keindahan rama-rama adalah ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor yang mencemari tubuhnya. Ketahuilah wahai wanita, bahawa harga diri dan maruah mu adalah sangat berharga! Namun begitu, ianya mudah tercemar dan dicemari oleh sesiapa sahaja sekiranya ia tidak dijaga dan dipelihara dengan sempurna..

Begitulah WANITA.. Kecantikan wanita adalah ibarat rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah..

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahannya menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara..



Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dian akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikn solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh dan pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka akan dimuliakan Allah dengan memberi ganjaran istimewa untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..


Allahua'lam...semoga dpt memberi kebaikan buat semua..
(dipetik dr artikel iluvislam)

AMALAN MALAM DAN HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.
Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
Pada malam Jumaat , dita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.





MASALAH HATI-PART 3: BOLAK BALIK HATI



HATI MANUSIA AMAT MUDAH BERBOLAK BALIK SEHINGGAKAN RASULLULLAH SAW YANG MAKSUM ITU PUN SERING MERASA TAKUT SEKIRANYA  HATINYA BERBOLAK BALIK....
HAL INI TERBUKTI APABILA BAGINDA BERSABDA YG BERMAKSUD LEBIH KURANG:

" TIADA YANG MENJAMINKU SELAGI HATI BERADA DIANTARA 2 JARI TUHAN MAHA PEMURAH YANG MEMBALIKKAN NYA [HATI] MENGIKUT KEHENDAK-NYA "

BAGINDA JUGA MENGAMBARKAN BAGAIMANA MUDAHNYA HATI MANUSIA ITU BERBOLAK BALIK DENGAN SABDA BAGINDA YANG BERMAKSUD LEBIH KURANG:

" HATI YANG BERBOLAK BALIK ITU ADALAH  SEPERTI PERIUK YANG MENGELEGAK...
HATI ITU ADALAH SEPERTI SEHELAI BULU DI PADANG BELANTARA YANG DIBALIK-BALIKKAN OLEH ANGIN "

BEGITU MUDAHNYA HATI MANUSIA ITU BERBOLAK BALIK SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH BAGINDA ITU..MAKA BAGINDA SERINGKALI BERDOA:

" WAHAI ZAT YANG MEMBALIKKAN HATI...TETAPKANLAH HATIKU DALAM AGAMA-MU "

DENGAN ITU...HENDAKLAH KITA SERING BERDOA AGAR HATI KITA SENTIASA DIPELIHARA OLEH ALLAH ITU KERANA MEMANDANGKAN HATI KITA SERING 
BERUBAH-UBAH....
WALLAHHUALAM...



SAMBUNGAN BAHAGIAN 4 DN TERAKHIR AKAN DATANG...
EULE

MASALAH HATI-PART 2: TUGAS UTAMA HATI



TUGAS HATI IALAH MENGENAL ALLAH...ALLAH TIDAK DAPAT DICAPAI OLEH AKAL FIKIRAN...ITU BUKAN LAH TUGASAN AKAL FIKIRAN,TETAPI ALLAH DAPAT DICAPAI OLEH HATI...ITULAH TUGAS UTAMA HATI...

FIRMAN ALLAH DALAM SEBUAH HADIS QUDSI YG BERMAKSUD LEBIH KURANG:

" AKU TIDAK AKAN DAPAT DICAPAI OLEH SESUATU ..APA JUA SEKALI PUN , KECUALI HATI ORANG-ORANG MUKMIN "

JELAS LAH BAHAWA HATILAH YANG MENYEBABKAN MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK YANG TERISTIMEWA DARIPADA SEGALA MAKHLUK KERANA DENGAN HATI , MANUSIA DAPAT MENGENAL ALLAH...
KEISTIMEWAAN INI TIDAK TERDAPAT PADA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN...
SYARAT UTAMA BAGI HATI UNTUK MENGENAL ALLAH IALAH
HATI ITU MESTILAH SENTIASA DALAM KEADAAN BAIK , PERLULAH DIAMALKAN BEBERAPA PERKARA....
HAL INI AKAN DIBINCANG KAN KEMUDIAN.....



-SEKIAN-
SAMBUNGAN ENTRI INI AKAN DIBUAT SECEPAT MUNGKIN...
INSYAALLAH...
NUKILAN: EULE

MASALAH HATI-PART 1: الغرض من القلب



HATI ATAU DALAM BAHASA ARAB NYA...QALBUN
MERUPAKAN HAKIKAT SEBENAR MANUSIA..
DISITULAH PUSAT SEGALA AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA..
MELALUI HATILAH MANUSIA MAMPU MEMAHAMI DAN MENGERTI AKAN SESUATU DAN MELALUI HATILAH MAKA MANUSIA BERKEHENDAKAN SESUATU...

HATI INI DI IBARATKAN SEBAGAI RAJA DAN ANGGOTA BADAN DI IBARATKAN SEBAGAI RAKYAT JELATA...APABILA HATI BERKEHENDAK KAN SESUATU
MAKA DIKERAHKAN LAH RAKYAT NYA IAITU ANGGOTA BADAN..
MELAKSANAKAN KEHENDAKNYA...JUSTERU ITU,
APABILA HATI INI BERADA DALAM KEADAAN BAIK MAKA,SELURUH ANGGOTA BADAN AKAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BAIK
SEPERTI  AMAL SOLIH...
DAN APABILA HATI ITU DALAM KEADAAN ROSAK,MAKA SELURUH ANGGOTA BADAN NYA AKAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BURUK...

ITULAH  YANG DIMAKSUDKAN OLEH RASULLULAH DALAM SEBUAH HADIS:

"DALAM DIRI MANUSIA ITU ADA SEKETUL DAGING YANG MANA APABILA DAGING ITU BAIK,MAKA BAIK LAH SELURUH ANGGOTANYA...APABILA DAGING ITU ROSAK MAKA ROSAK LAH SELURUH ANGGOTANYA...KETAHUILAH BAHAWA DAGING YANG DIMAKSUDKAN ITU IALAH HATI"

[ HR.BUKHARI & MUSLIM ]




SAMBUNGAN ENTRI MASALAH HATI- PART 2 AKAN DATANG
NUKILAN-EULE

p/s: hmm hari ni baru rasa rajin nk menaip..
alhamdulillah siap jgk :)


Bagaimana Mengembangkan Kepribadian Positif Yang Tidak Dapat Ditolak Siapapun

Bayangkan berjalan ke dalam ruangan yang penuh orang dan melihat perubahan suasana seperti semua orang di ruangan terdiam. Mata mereka tetap pada arah Anda dan Anda dapat membaca dari wajah mereka betapa senangnya mereka melihat Anda. Apakah ini terdengar seperti mimpi atau skenario terlalu bagus untuk menjadi kenyataan? Sulit untuk menjelaskan fenomena ini namun ada benar-benar orang yang memiliki kepribadian positif. Ada aura energi positif dalam kehadiran mereka yang menarik orang ke arah mereka seperti magnet. Kepribadian ini dapat dikembangkan dan itu dapat anda capai jika Anda berlatih langkah-langkah berikut sehari-hari:

Berhubungan dengan diri sejati Anda dengan memahami kekuatan dan kelemahan Anda dan memaksimalkan potensi penuh anda sebagai pribadi. Ada berbagai tes kepribadian dapat Anda ambil untuk memberikan pemahaman yang lebih tentang diri Anda dan Anda dapat melakukan ini online secara gratis. Banyak melakukan refleksi tentang siapa Anda dan bersedia untuk mengubah diri menjadi lebih baik untuk membantu Anda mencapai tujuan Anda.

Jadilah pendengar yang tegas. Semua orang memiliki bagian dari tantangan dan kemenangan mereka dalam hidup dan kebanyakan orang tertarik dengan seseorang yang mendengarkan mereka bicara. Cara termudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain adalah untuk mendengar mereka dan bersimpati apa yang mereka alami. Ingatlah bahwa orang lain yang berbagi pikiran mereka bisa mengetahui apakah Anda benar-benar mendengarkan mereka. Gunakan umpan balik positif dan mempertahankan kontak mata saat bersama dengan mereka. Hal ini memberikan mereka rasa percaya diri dan kepercayaan di hadapan Anda dan kedua unsur ini sangat penting dalam hubungan manusia.

Tersenyum dan tertawa banyak. Tidak ada hal yang lebih baik untuk dirasakan daripada melihat seseorang tersenyum dan mendengar seseorang tertawa lebar terutama di hari yang benar-benar sulit. Ini adalah fakta yang terbukti bahwa dosis senyum dan tawa dalam sehari menginspirasi kita, meningkatkan kesehatan, dan bermanfaat bagi pemberi dan penerima. Jika Anda adalah orang yang suka tersenyum, Anda memancarkan disposisi bahagia dan orang secara alami tertarik kepada Anda. Siapa yang ingin ditemani orang yang bersungut-sungut? Bukan Anda dan bukan siapapun.

Selalu senang dan siap untuk mengulurkan tangan untuk membantu. Tindakan seseorang mencerminkan isi hatinya. Cari setiap kesempatan untuk membantu orang lain. Jika Anda membantu seseorang tidak peduli betapa kecilnya itu, ia membawa perasaan yang baik dan membuka jalan bagi penerima untuk menyukai dan menghormati Anda sebagai balasannya.

Jadilah besar dengan memberikan pujian yang tulus kepada orang lain. Lidah kita memiliki kuasa untuk menyembuhkan atau menghancurkan dan mengutuk atau memberkati seseorang. Seseorang yang memiliki kepribadian yang menarik dan positif selalu memiliki sesuatu yang baik dan menyenangkan untuk dikatakan kepada orang lain. Setiap manusia ingin mendengar hal-hal baik tentang dirinya sendiri dan orang yang membuatnya merasa baik dan dihargai bisa jadi orang yang disukai sebagai sahabat.




link 2 this entri:

kenapa perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki???

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?


  • Ibu
  • Ayah
  • Remaja
  • Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof







RINTIHAN CINTA SEORANG HAMBA ALLAH

SEDIKIT CORETAN DARI AKU,

Cinta pada Allah akan lahir apabila seseorang itu sudah cukup kenal akan Allah...
kerana cinta lahir bersebab,
kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya,baiknya,tampan dan sebagainya &lelaki itu mencintai wanita kerana cantik,baik & lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal aku rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah..

Ibubapa,sahabat handai &sesiapa sahaja yg mencintai dan mengasihi kita itu kerana semuanya datang dari Allah..Nikmat kemewahan & kecintaan itu diberikan atas rahmat & belas kasihan Allah terhadap hambaNya sehingga Allah mengizinkan makhluk yg lain nya mencintai kita..Padahal Dia bila-bila masa sahaja boleh tarik balik segala rasa itu dari mereka-mereka tadi jika Dia mahu...

Orang yang betul-betul kenal & beradap,dia malu pada Allah..Cinta nya tertumpu kpd Allah & penyerahan diri dengan bersungguh-sungguh...

SALAH SATU CONTOH.....

Akibat terlalu mendalam cinta nya kepada Allah ada hamba Allah yang berkata "WAHAI TUHAN,AKU MENCINTAI ENGKAU  BUKAN KERANA TAKUTKAN NERAKA-MU,TAPI KERANA ZAT-MU...YA ALLAH,AKU RELA MASUK NERAKA JIKA ITULAH KEMAHUAN-MU..."

TETAPI SIAPA HAMBA ALLAH ITU??
Itulah rintihan hati seorang wali Allah hati seorang wali Allah RABIATUL ADAWIYAH dengan munajat nya pd Allah....Dia mengatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati..Bila cinta Allah sudah penuh dihatinya,maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain itu....
subahanallah...moga ianya dijadikan pedoman...


akhir coretan: EULE

*alhamdulillah..hmm,note ni dh lme aq buat baru mlm ni rasa rajin sikit nk menaip..:)

WANITA AHLI SYURGA DAN CIRI-CIRINYA











Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-​​kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-​​motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-​​hadapan.​​ Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-​​kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-​​bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-​​bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-​​bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (​​penghuni-​​penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (​​bidadari-​​bidadari)​​ dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-​​keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)


Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-​​bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-​​Malaikat-​​Nya,​​ Kitab-​​Kitab-​​Nya,​​ Rasul-​​Rasul-​​Nya,​​ hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)





WANITA AHLI NERAKA DAN CIRI-CIRINYA

Golongan Wanita Yang Di Siksa Dalam Neraka "Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu derajat untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keledai) yang mendapat berjuta macam siksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda : "Hai Fatimah, adapun tentang hal itu :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerena dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, karena melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan sholat dan puasa, sedangkan dia tidak mau berwudhu dan tidak sholat dan tidak mau mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), karena dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : empat jenis wanita yang berada di surga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di surga adalah :

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kawin karena khawatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar).

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah :

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.

Oleh karena itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahwa ia datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata : "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan sholat bersamamu". Beliau berkata : "Aku mengerti bahwa engkau senang mengerjakan sholat bersamaku, akan tetapi sholatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada sholatmu dikamarmu dan sholatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya yang lebih disukai sholatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".

Diceritakan dari Aisyah r.a. : "Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid". Maka Rasulullah S.A.W.bersabda : "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud : "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."

Isteri tidak wajib taat perintah dan arahan suami, apabila perintah dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah S.W.T.

Imam Al-Ghazali menegaskan : "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat."