MASALAH HATI-PART 3: BOLAK BALIK HATI



HATI MANUSIA AMAT MUDAH BERBOLAK BALIK SEHINGGAKAN RASULLULLAH SAW YANG MAKSUM ITU PUN SERING MERASA TAKUT SEKIRANYA  HATINYA BERBOLAK BALIK....
HAL INI TERBUKTI APABILA BAGINDA BERSABDA YG BERMAKSUD LEBIH KURANG:

" TIADA YANG MENJAMINKU SELAGI HATI BERADA DIANTARA 2 JARI TUHAN MAHA PEMURAH YANG MEMBALIKKAN NYA [HATI] MENGIKUT KEHENDAK-NYA "

BAGINDA JUGA MENGAMBARKAN BAGAIMANA MUDAHNYA HATI MANUSIA ITU BERBOLAK BALIK DENGAN SABDA BAGINDA YANG BERMAKSUD LEBIH KURANG:

" HATI YANG BERBOLAK BALIK ITU ADALAH  SEPERTI PERIUK YANG MENGELEGAK...
HATI ITU ADALAH SEPERTI SEHELAI BULU DI PADANG BELANTARA YANG DIBALIK-BALIKKAN OLEH ANGIN "

BEGITU MUDAHNYA HATI MANUSIA ITU BERBOLAK BALIK SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH BAGINDA ITU..MAKA BAGINDA SERINGKALI BERDOA:

" WAHAI ZAT YANG MEMBALIKKAN HATI...TETAPKANLAH HATIKU DALAM AGAMA-MU "

DENGAN ITU...HENDAKLAH KITA SERING BERDOA AGAR HATI KITA SENTIASA DIPELIHARA OLEH ALLAH ITU KERANA MEMANDANGKAN HATI KITA SERING 
BERUBAH-UBAH....
WALLAHHUALAM...



SAMBUNGAN BAHAGIAN 4 DN TERAKHIR AKAN DATANG...
EULE

No comments:

Post a Comment

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi