Malaikat maut datang jemput...




bayang kan kalau korg jadi cikgu ni...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak! Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

pergh bayang kan klau korang cikgu tu.....
*xde kne mengena dgn mna2 parti politik ok...

hati adalah segalanya


Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 "Yang bermaksud kekayaan itu bukanlah banyaknya harta tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)." (Riwayat Abu Ya'la) Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

 " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." 
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) 

 nak baca lagi??







actually ni blog kak sedara aku
dia baru ja dalam dunia blog ni...give her a support :)

tutur kata sopan dan tuturkata yang membawa fitnah : jaga lidah mu



" ALAM  YANG PALING DISUKAI ALLAH ADALAH LIDAH "
[hadis riwayat alBaihaqi]

Dari kecil hingga dewasa , seorang manusia tidak dapat lari daripada berkomunikasi 
dengan manusia yang lain..
Cara kita melafazkan sesuatu hendaklah menyenangkan orang yang mendengarnya..Banyak untung dan dan faedah nya jika setiap patah yang kita sampaikan itu tidak menyakitkan orang lain...
Di tempat kerja misalnya..
Kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dgn pegawai atasan dan bawahan , tanpa komunikasi atau perhubungan yang baik nescaya tidaka akan tercapai matlamat kita..

Penjual-penjual dan syarikat-syarikat perniagaan pada lazimnya di didik sehingga laris barang jualan syarikat masing-masing..Begitu jugalah dalam sesuatu mesyuarat yang kita hadiri , segala cadangan , kaedah dan penyampaian mesti diatur terlebih dahulu agar tidak lah akan berlaku kekalutan kemudian nya..Tentukan 
" target group "
dimana sesuatu perkara itu hendak disampaikan..
Tempat yang hendak disampaikan serta masa yang hendak disampaikan..
Berlandaskan pedoman diatas nescaya , kita bukan sahaja di hormati orang tetapi segala tindakan dan matlamat yang kita ingin kan akan tercapai...

Lidah adalah termasuk antara nikmat Allah SWT..
Sekiranya ia dipergunakan sebaik-baiknya maka ianya akan mendatangkan manfaat..
tetapi percakapan yang sia-sia akan atau boleh menimbulkan kemarahan dan permusuhan sesama umat sekiranya ia di lafaz berulangkali tanpa fikiran yang waras..

Fitnah adalah sesuatu penyakit masyarakat yang palin bahaya..

" Dan fitnah itu lebih merbahaya daripada pembunuhan "
[ surah al-Baqarah : ayat 191 ]

Dalam surah al-Ahzab ,ayat 58
Allah SWT berfirman..
" orang-orang yang menyakiti orang mukmin lelakia atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka memikul dusta dan dos yang nyata "

Ada sebilangan kecil diantara kita yang suka memperkatakan keburukan dan kelemahan orang lain daripada kebaikan dan kelebihan orang yang diperkatakan..Yang lebih mendukacitakan terdapat sesetengah orang konon nya beriman walaupun sedikit bilangan nya mengumpat , mengeji dan mencaci maki orang walaupun pada hakikatnya dia yang sebenarnya menyeleweng...

Setiap kaum muslimin harus jauhi perbuatan mengumpat atau fitnah kerana ianya lebih hina daripada berzina..
Seseorang yang berzina dan bertaubat maka diterima oleh Allah SWT akan taubatnya..Dan sesungguh nya seseorang yang mengumpat itu tidak akan di ampun dosanya kecuali dia memohon ampun kepada orang yang pernah diumpat dan difitnahnya...

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ibnu Abid Dunya dan Ibnu Hiblu daripada Jabir Abu Said..
Rasullullah SAW pernah bersabda..
" Barang siapa seorang mukmin dihina , lalu tidak ditolong padahal dia mampu menolongnya , nescaya dia dihina oleh Allah pada hari kiamat di hadapan orang yang berkumpul "

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat , ayat 12 yang bermaksud...
" Wahai orang-orang yang beriman , jauhilah daripada mengumpat [ supaya kamu tidak menyukai segala yang dilarang ] kerana sesungguhnya sebahagian daripada itu adalah dosa "

Kesimpulan nya di sini...
adalah ditegaskan supaya perlulah menjaga lidah kalian daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatut nay dan boleh menjerumus kan kita dalam hal-hal yang tidak bermanfaat dan lebih menakutkan lagi boleh menjerumus kan diri dengan dosa yang kita sendiri tidak sedari...

* ini sekadar perkongsian..kerana sesungguhnya aku bukan lah sempurna keseluruhan nya :)
semoga ianya memberi manfaat kepada semuanya....

sekian..
p/s: panjang nye entri ni ade yang nk bce ke?? harap2 ade la ^_^




sumber : nota sendiri buku mana aku lupa sebab nota ni dah lama aku simpan..

dukacita dan kecewa?? hindarkan dan bersyukur



Kalau manusia berdukacita memikirkan kejayan dan kemuliaan yang telah lalu , kedukaan nya itu tidak akan berfaedah sama sekali sebab segala kejayaan yang telah lalu itu walaubagaimana pun diratapi tidak akan kembali lagi sedangkan masa 2 minit yang telah lalu pun tidak akn dapat di kejar dgn kelajuan cahaya sekali pun tdk akan diperoleh semula..

Apa guna meratapi yang telah lalu kerana keadaan ini akan merosakkan lagi perjalanan hidup kita..
cuba bayang kan jika anda selalu memikir kan hal ter sebut sehingga mengabaikan keperluan harian anda seperti makan dan minum bukan kah ia boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu??

Gejala ini timbul atas dasar kita sendri yang tidak punya keyakinan bahawa segala isi alam ini pada asal nya tidak wujud..Segala kemajuan dan segala yang kita sayangi semuanya itu datang kepada kita dan akan pergi jua dripada kita...jadi jangan selalu salah kan takdir..

Perasaan dukacita dan kecewa boleh dihindar dgn bersyukur diatas segala yang diperolehi dan menilai sesuatu yang diperolehi dan apakah rahmat di atas sesuatu yg ada atau terjadi pada diri kita itu??
Jangan sampai terlalu meratapi nikmat yang hilang , kita lupa akan nikmat yang sedia ada..
kan tak elok tu :)
Dan bila yang sedia ada itu hilang diratapi pula...
issh2..harap2 yang baca ni tak de la sampai mcm ni ye....
past is past...kita yang masih hidup kne jugak terus kan hidup ye igt tu jgn la nnt akhirnya menyesal xsudah..

Kesimpulan nya disini...
Kita mesti tanamkan rasa keinsafan dan kesyukuran di dalam jiwa kita..
Dan ingat bahawa segala yang kita perolehi dan segala yang kita ada tu adalah sementara...
Jika nikmat yang yang sgt kita cintai itu digunakan dengan baik dan yakin bahawa masa muda itutak lama maka kelak jika kita sudah tua kita tidak akan menyesali pemergian nya kerana semasa muda kita dah berjasa walaupan tidak lah terlalu banyak...:)

sekian....



sumber: nota sendiri..:)
p/s: pening aq cari tajuk utk entri ni...

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 3:FAKTOR POLITIK


Antara faktor-faktor politik adalah seperti berikut:
  1. Mencari kekayaan melalui politik
  2. penyalah gunaan kuasa
  3. Sifat pengampu atau mencipta watak2 mengampu untuk kepentingan diri sendiri
Adapun perkara2 yg tersebut diatas telah menjadi penyakit sejagat dan lebih membahayakan lagi ialah faktor yang pertama...iaitu mencari kekayaan melalui politik..
Target utama mereka ialah mencari harta kekayaan sebanyak mungkin tanpa menghiraukan soal2 yg berhubung dengan masyarakat yang dibawah kepimpinanya..
Apabila berhasil mengumpul kekayaan akhirnya mereka lepas tangan..
tanggung jawab yang sepatut nya di utama kan dibiar kan selepas menyeleweng duit rakyat..
patut kah begitu??

Maka dengan itu , jalan keluar yg terbaik adalah
rujuk hadis yg dipapar kan..

" Aku tinggal kan kepada mu dua perkara..jika kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya...
iaitu kitabullah [al-Quran] dan Sunah-Ku "






*sumber: hmm aq pn lupe info buku mne 1 yg aq amik utk dicatat nota nye..:)
nota ni aq jumpe mse selongkar rak buku td..heheh
mungkin dgn perkongsian ini ianya mmberi manfaat...bkn nk up trafic blog ye..

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 2 : NAFSU

Nafsu selau dikaitkan dengan sifat-sifat yang buruk dan nafsu pada manusia dapat dibahagikan kepada
4 iaitu :

1. Rububiyah : menyombong diri...
2. Syaitaniah : tidak menerima kebenaran..
3. Bahamiah : tidak punya malu...
4. Sabu'iyah : bersikap diktatator atau kejam

satu cara yg paling berkesan untuk mengatasi masalh SYAITAN  dan nafsu tersebut ialah dengan peningkatan takwa....
sedangkan menurut Hasan al-Basri takwa boleyh dicapai dengan 5 perkara

1. Memilih diam dari berbicara benda yang tidak berfaedah
2. Memilih merendah diri daripada membangga diri
3. Memilih kesusahan dari istirehat
4. Memilih utk menanggung risiko daripada kenikmatan
5. Memilih mati daripada [persiapan akhirat ] drpd hidup [persiapan dunia]

* Maaf aq xbuat penerangan untuk entri kali ni....
menulis dalam keadaan sakit  hati memang mcm ni la jadi nya
kadang tu kesalahan diri kita yg org nampak sedang kan ada lg yg masih buat 
kesalahn yg besar di depan mata bermaksiat dpn rumah tidak pulak ditegur..
aq yg mengadap laptop ni pulak yg nk dimarah nya...
biler yg lain on9 xdela die nk kesah....aq sedar aq spe...
ya Allah aq dh mengutuk ni....hmm akhir coretan ~HanAlia
* lg 1 aq bkn terhegeh2 nk up kn trafic blog..coretan sekadar perkongsian...

KECENDERUNGAN MANUSIA MELAKUKAN DOSA ATAU KESALAHAN= part 1 : syaitan

Kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh umat manusia adalah masalah dan penyakit sejagat...
Ini bererti setiap  manusia mempunyai kesalahan , hal ini memang tidak dapat dinafikan lagi...

Yang menjadi perbezaannya alah taraf dan skop berlakunya amalan kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang itu.. Untuk menentukan sebab-sebab khusus yang mendorong seseorang melakukan kesalahan adalah terlalu berat dan tidak selalunya tepat..
Hanya secara umumnya beberapa faktor yang boleh di jadikan ukuran iaitu :

1. FAKTOR UMUM
* SYAITAN
* NAFSU

2. FAKTOR KHUSUS 
* KELEMAHAN INDIVIDU
* SOSIAL DAN BUDAYA
* KELEMAHAN KEPIMPINAN DAN SISTEM PENTADBIRAN
* POLITIK

UNTUK ENTRI KALI NI AKU CERITAKAN CONTOH SALAH 1 FAKTOR DIATAS...
FAKTOR UMUM : SYAITAN
Apa kaitan syaitan pula dalam entri kali ni...baca seterusnya :)

Seperti yang kita tahu..
Syaitan adalah musuh yang nyata kpd umat manusia..Dengan itu, syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia , walau dgn apa cara sekali pn
Justeru itu manusia yg lemah iman nya amat mudah dipermainkan oleh syaitan..
Ini adalah faktor yang menyebabkan manusia cenderung melakukan kesalahan...

FIRMAN ALLAH :
" Iblis menjawab : oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku akan menghalangi mereka dari jalan yang lurus..kemudian aku akan mendatangkan mereka dari hadapan dan belakang mereka,dari kanan dan dari kiri mereka "
[ SURAH al-A'araf ]

syaitan adalah dari jenis makhluk jin
sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin. [al- Kahf 18:50]

 Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:
Allah berfirman:
“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”
 Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

 Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan.
 Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut,
setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
 Allah berfirman (kepada iblis):
 “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong- penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata- mata. [al-Isra’ 17:63-64] 

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. 
[al-Baqarah 2:34]

Mengapakah iblis enggan sujud? Dalam ayat 34 surah al- Baqarah di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa sebab iblis enggan sujud ialah takbur. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap takbur? Allah menjelaskannya dalam beberapa ayat lain. Para pembaca sekalian hendaklah memberi perhatian kepada penjelasan ini kerana mungkin sebahagian darinya ada pada diri kita sendiri tanpa disedari.


TAKBUR ADALAH SIKAP UJUB

UJUB ADALAH MERASAKAN DIRI ITU HEBAT..ITU ADLAH SALAH SATU DARI SIFAT SYAITAN SEBAGAIMANA DALAM AYAT DIBAWAH :



Allah     berfirman:     “Apakah     penghalangnya     yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, 
Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

* TAKBUR ADALAH SIKAP MENGHINA ORANG LAIN

INI JUGA ADALH SALAH SATU DARI SIKAP SYAITAN IAITU MENGHINA..
SEBAGAIMANA IA MENHINA BAHAN2 YG MENJADI ASAS CIPTAAN MANUSIA..


Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis 
patut  sujud kepada manusia  yang Engkau jadikan dia
menjawab: “Aku tidak 
dari  tanah  liat  yang  kering,  yang  berasal  dari  tanah
kental yang berubah warna dan baunya.” [al-Hijr 15:33]

Kalau sifat ni aku rasa..memang banyak berlaku dalam kelompok masyarakat kita...menghina2 kelemahan orang dan membangga2kan kelebihan sendiri....Sahabat2 harus ingat kelemahan dn kelebihan itu datang dari siapa?? adakah dari diri sahabat sekalian?? kalau ya bukti kan...
jika kalian mengemukan jawapan..." kelemahan tu mesti la sebab die yg xnk berusaha memajukan diri...kelebihan pulak mesti la sebab dgn usaha gigih die untuk mengubah nasib diri "

ya.. ada betul juga jawapan tersebut...tapi bila dipikir kan balik dari mana kita dapat rasa untuk ber usaha itu?? dan macam mana pula anda tahu org yg mempunyai kelemahan itu tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut...:)

Renungkan sejenak....
* Perlu kah anda berbangga dgn kelebihan diri sehingga menghina2 kelemahan orang lain ?
* Anda pasti? yakin 100% kelebihan anda itu menjamin hidup anda selamat tanpa gangguan dari siapa2 ?
* Betul kah orang2 yg mempunyai kelemahan itu akan hidup dibelenggu kelemahan tersebut? sehingga tidak memboleh kan mereka memperbaiki kelemahan tersebut??

Banyak lagi yg aku nk persoalkan dekat sini sebenarnya tapi bagi menjimat kan masa dan tidak membuat kan anda bosan dgn antri aku yang panjang berjela aku pendak kan je :)
jadi renung2 kan seketika...adakah anda hampir masuk dlm golongn itu atau sudah tergolong dalam golongan itu...jika ia cuba la memjauhi sifat itu cuba memperbaiki diri agar jadi yang lebih baik..
WALLAHUALAM



- SAMBUNGAN ENTRI SETERUS NYA NAFSU AKAN DATANG -
Sekian akhir coretan...








GANJARAN PAHALA SOLAT SUBUH MENGATASI KEINDAHAN DUNIA....

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

 Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

 Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

 Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
 “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) 

 Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. 

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” 
(Surah al-Kahfi, ayat 28) 

 Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, 
sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: 

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? 
 Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim). 

 Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. 
Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) 

 Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

*ENTRI NI AQ COPY DEKAT BLOG LMA AQ..