tutur kata sopan dan tuturkata yang membawa fitnah : jaga lidah mu



" ALAM  YANG PALING DISUKAI ALLAH ADALAH LIDAH "
[hadis riwayat alBaihaqi]

Dari kecil hingga dewasa , seorang manusia tidak dapat lari daripada berkomunikasi 
dengan manusia yang lain..
Cara kita melafazkan sesuatu hendaklah menyenangkan orang yang mendengarnya..Banyak untung dan dan faedah nya jika setiap patah yang kita sampaikan itu tidak menyakitkan orang lain...
Di tempat kerja misalnya..
Kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dgn pegawai atasan dan bawahan , tanpa komunikasi atau perhubungan yang baik nescaya tidaka akan tercapai matlamat kita..

Penjual-penjual dan syarikat-syarikat perniagaan pada lazimnya di didik sehingga laris barang jualan syarikat masing-masing..Begitu jugalah dalam sesuatu mesyuarat yang kita hadiri , segala cadangan , kaedah dan penyampaian mesti diatur terlebih dahulu agar tidak lah akan berlaku kekalutan kemudian nya..Tentukan 
" target group "
dimana sesuatu perkara itu hendak disampaikan..
Tempat yang hendak disampaikan serta masa yang hendak disampaikan..
Berlandaskan pedoman diatas nescaya , kita bukan sahaja di hormati orang tetapi segala tindakan dan matlamat yang kita ingin kan akan tercapai...

Lidah adalah termasuk antara nikmat Allah SWT..
Sekiranya ia dipergunakan sebaik-baiknya maka ianya akan mendatangkan manfaat..
tetapi percakapan yang sia-sia akan atau boleh menimbulkan kemarahan dan permusuhan sesama umat sekiranya ia di lafaz berulangkali tanpa fikiran yang waras..

Fitnah adalah sesuatu penyakit masyarakat yang palin bahaya..

" Dan fitnah itu lebih merbahaya daripada pembunuhan "
[ surah al-Baqarah : ayat 191 ]

Dalam surah al-Ahzab ,ayat 58
Allah SWT berfirman..
" orang-orang yang menyakiti orang mukmin lelakia atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka memikul dusta dan dos yang nyata "

Ada sebilangan kecil diantara kita yang suka memperkatakan keburukan dan kelemahan orang lain daripada kebaikan dan kelebihan orang yang diperkatakan..Yang lebih mendukacitakan terdapat sesetengah orang konon nya beriman walaupun sedikit bilangan nya mengumpat , mengeji dan mencaci maki orang walaupun pada hakikatnya dia yang sebenarnya menyeleweng...

Setiap kaum muslimin harus jauhi perbuatan mengumpat atau fitnah kerana ianya lebih hina daripada berzina..
Seseorang yang berzina dan bertaubat maka diterima oleh Allah SWT akan taubatnya..Dan sesungguh nya seseorang yang mengumpat itu tidak akan di ampun dosanya kecuali dia memohon ampun kepada orang yang pernah diumpat dan difitnahnya...

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ibnu Abid Dunya dan Ibnu Hiblu daripada Jabir Abu Said..
Rasullullah SAW pernah bersabda..
" Barang siapa seorang mukmin dihina , lalu tidak ditolong padahal dia mampu menolongnya , nescaya dia dihina oleh Allah pada hari kiamat di hadapan orang yang berkumpul "

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat , ayat 12 yang bermaksud...
" Wahai orang-orang yang beriman , jauhilah daripada mengumpat [ supaya kamu tidak menyukai segala yang dilarang ] kerana sesungguhnya sebahagian daripada itu adalah dosa "

Kesimpulan nya di sini...
adalah ditegaskan supaya perlulah menjaga lidah kalian daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatut nay dan boleh menjerumus kan kita dalam hal-hal yang tidak bermanfaat dan lebih menakutkan lagi boleh menjerumus kan diri dengan dosa yang kita sendiri tidak sedari...

* ini sekadar perkongsian..kerana sesungguhnya aku bukan lah sempurna keseluruhan nya :)
semoga ianya memberi manfaat kepada semuanya....

sekian..
p/s: panjang nye entri ni ade yang nk bce ke?? harap2 ade la ^_^




sumber : nota sendiri buku mana aku lupa sebab nota ni dah lama aku simpan..

1 comment:

  1. bace punye.. ini untuk santapan roh.. kene jugak selalu ingatkan diri.. :)

    JOM TENGOK AKSI GELEK-GELEK

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi