Namun padaMu jua diadukan



SEGALANYA MILIKMU-Mestica





Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica




nota cinta..sungguh mendalam maksud nya.





Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Lagu: Baysirna
Lirik: Baysirna
Artis: Saujana




p/s: entri akhir untuk mlm ni...aq xberapa sihat sekrang nk fokus buat entri pn xboleh...


Adakah islam anda hanya pada nama??




...ISLAM...

Sebaris kata ini selalu nya dapat dibezakan melalui agama yang dianuti oleh individu itu sendiri sama ada
dia seorang muslim atau pn tidak...

Dan itu adalah salah satu lumrah yang sgt diketahui umum...
Mungkin juga ada yang mengetahui nya lebih daripada itu dan aq yakin ia hanya sebilangan shj 
atau 
mungkin juga yang hanya mengetahui dari segi nama semata-mata..

hmm..terlalu byk kemungkinan disitu...:)

Islam sebenarnya adalah satu nama khusus bg agama yang diciptakan Allah SWT dan islam juga adalah
agama Allah SWT..
Hal ini begitu jelas sekali sebagaimana firman Allah...

" Sesungguhnya agama disisi Allah itu adalah agama islam "
[Surah al-Imran:19]

Dan dari situ jugalah yang akan membuatkan kita faham bahawa islam itu adalah Ad-Din 
iaitu sesuatu benda hidup yang sempurna yakni sesuatu peraturan hidup yang lengkap
[boleh rujuk wikipedia untuk penerangan lebih klik "Ad-Din " baca keterangan yg bawah sekali..]

Kesimpulannya disini..
cuba anda check balik peraturan hidup anda?? sudah cukup lengkap atau masih terikut2 peraturan yang dicipta oleh kehidupan duniawi?? 
Ya , memang xsalah untuk terapkan peraturan ciptaan duniawi ni dalam hidup..
yang cuba aq maksud kan disini peraturan2 yg tidak sepatut nya diterapkan 
yakni peraturan yang melalaikan dn mmbuat anda terpesong dari sirattulmustakim..

Faham apa yang cuba aq sampaikan??
Klau masih xfhm cuba renung kan kembali kehidupan anda sekarang??

Jangan islam hanya pada nama atau pun i/c semata2...



*aq tak kata aq baik..xsalah berkongsi rasa..:)

p/s : err..aku dh ada akaun fb sndri...




eh!!! aku meluat la tengok ko menangis..




Lelaki benci + menyampah + meluat tengok perempuan menangis ? Yeke.. ? Kalau nak cakap benci pun..agak agak laa tengok la keadaan samaada perempuan tu menangis kegedikkan atau nangis kesedihan. Tak baik benci benci perempuan menangis, sebab dengan cara tu je la perempuan ni dapat luah perasaan diorang yang terpendam tu..

Perempuan ni, bukan suka suka nak menangis. Kalau korang nak tau, perempuan yang menangis ni ada dua jenis.

Yang pertama, perempuan yang suka menangis tak kira waktu dan situasi. Benda simple dan hal kecik pun dia boleh merengek dan menangis.
Yang kedua, perempuan yang menangis bila hati dia betul betul tersentuh dengan sesebuah perkara tu. Kalau sekental dan sekuat mana hati perempuan tu…dia akan menangis jua.

Rugilah lelaki kalau dia dapat perempuan yang jenis first tu. Awek menangis tak kira tempat, buat kerja susah sikit nak menangis. Kena sakat sikit dah menangis. Aku tau , lelaki mana yang tak rasa semak kepala otak layan perempuan macam ni kan ? Nasib korang lah..sebab setahu aku, perempuan yang suka menangis tak kira situasi ni jenis perempuan yang fragile, gedik, suka ambil perhatian, tak suka kenal erti kepayahan.

Untunglah lelaki yang dapat perempuan jenis kedua tu. Tahu menangis ikut situasi. Selagi perempuan tu tahu handle sesebuah perkara tu…selagi dia kental dan semangat dia masih kuat, dia takkan menangis punya. Tapi, air matanya tetap akan jatuh bila dia betul betul tak tahan dan perlukan seseorang untuk berkongsi perasaan..
Aku pernah dengar lelaki cakap macam ni ..

"Eh, aku menyampah betul tengok perempuan nangis nangis ni".
Siyesly, sebagai lelaki…apa perasaan korang bila tengok perempuan menangis ? Korang rasa benci ke, nyampah ke, meluat ke ?

And kalau korang pulak, sebagai seorang perempuan…bila lelaki cakap macam ayat kat atas tu..apa perasaan korang?







p/s : err aq suka tgk llki atau pompuan menangis...asal jgn meraung mcm kne sawan sudah r..
yg tu mmg !@#$%^&*

Berlumba-lumba menjadi selebriti Syurga!!

Selebriti syurga : Tidak terkenal di kalangan penghuni bumi, tetapi tersohor di kalangan penghuni langit.


Hari ini ramai orang yang ingin menjadi selebriti. Ya, selebriti yang dikenali oleh kebanyakan orang. Bahkan kehidupannya dikelilingi dengan kemahsyuran, keglamoran dan kepopularan. Dunia selebriti menjadi impian dan angan-angan sesiapa sahaja.

Dilimpahi kemewahan, kekayaan dan kesenangan yang mengiurkan hati.

Hati senang, jiwa lapang dan kehidupan kian berkembang!




Betulkah anggapan saya ini?


Jika tidak, tidak ramailah manusia berpusu-pusu, berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk menyertai pelbagai pertandingan ala-ala rancangan realiti televisyen yang kian bercambah di dunia penyiaran hari ini.

Jika tidak, tidak bersesak-sesaklah anak-anak muda sama ada lelaki ataupun perempuan beratur dan berbaris berjam-jam untuk “mencuba” nasib di dalam ujian bakat yang diadakan di seluruh negara.

Jika tidak, tidak adalah yang sanggup berhabisan wang, tenaga, masa dan segala-galanya datang dari pelbagai tempat pendalaman dan sebagainya hanya kerana ingin megikuti ujian saringan dalam mencari selebriti-selebriti dunia hiburan dan sebagainya.


Dunia selebriti yang dicari-cari
Dunia selebriti sememangnya menjadi dambaan sekalian ramai orang. Bahkan saya yakin, anda juga terdetik untuk menjadi selebriti?
Selebriti yang tidak terbatas hanya kepada dunia artis sahaja. Tetapi, dunia yang meliputi semua bidang kehidupan. Ia membawa seseorang itu kepada dunia yang akan membuatkan dirinya – mendapat perhatian dan menjadi sebutan di mana-mana.



Menjadi pemain bola sepak. Itu juga selebriti.

Menjadi ketua pengawas. Ketua organisasi atau jawatan dalam sesuatu persatuan. Ala-ala selebriti.

Menjadi penceramah yang terkenal yang diminati ramai orang.

Menjadi ikon masyarakat. Itu juga selebriti.

Menjadi pemimpin masyarakat. Disegani dan dihormati.

Menjadi pelakon, artis dan pengacara televisyen. Itu juga selebriti.

Menjadi penulis skrip, lirik, novelis dan sastera. Itu juga tokoh selebriti.



Teringat saya kata-kata seorang pendakwah terkenal Indonesia, Pak Agym :



“Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Allah.”


Semua orang punyai keinginan dan kemahuan jadi selebriti. Menjadi bintang atau selebriti itu kan kebanggaan keluarga? Disanjung dan dipuja orang. Seperti bintang-bintang Akademik Fantasia yang digilai oleh anak-anak muda malah ‘nenek-nenek muda’!

Tetapi menjadi selebriti di dunia hanyalah bersifat sementara. Hilang kecantikan, kemahiran, bakat atau ketampanan di wajah atau kelunakan suara, selebriti tersebut akan dilupakan orang. Atau lahir selebriti baru yang lebih hebat, perhatian tidak tertumpu lagi kepada selebriti lama. Itulah dunia, pasang surutnya.

Namun, apabila kita menjadi selebriti di mata Allah, kepopularan kita tidak akan hilang selagi kita mengekalkan prestasi kita. Tidak kira berapa banyak selebriti baru muncul atau semakin usia kita meningkat, kita akan tetap menjadi selebriti Allah. Kita tetap mendapat perhatian, terkenal dan disanjung.

Sanjungan itu bukan dikalangan penghuni bumi, tetapi mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan daripada penghuni langit. Tidak terkenal dikalangan ahli-ahli dunia tetapi cukup hebat dan terkenal dikalangan ahli-ahli langit.

Bagaimana mahu menjadi selebriti di hadapan Allah?



Selebriti di sisi Allah SWT, terkenal di langit tinggi mendapat pengiktirafan yang istimewa.
Itulah selebriti Syurga. Ia umpama Very Very Important Person (VVIP) yang akan mendiami jannah yang sangat indah lagi mempesona. MasyaAllah.



Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda :



“ Siapa pun yang memasuki syurga, maka ia akan merasakan kenikmatan dan tidak akan menderita. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan habis. Di syurga terdapat hal-hal yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di benak fikiran manusia.” ( HR Muslim dan Ahmad)



Selebriti di sisi Allah SWT – ia bergemerlapan dengan sinar cahaya keimanan, wajahnya putih berseri kesan daripada air wudhuk serta kerap sujud menyembah Allah SWT, berprestasi dengan amal-amal nyata yang cemerlang, penuh kesungguhan dalam beramal, konsisten dalam memperkasakan medan dakwah dan sentiasa memelihara kebersihan, kejernihan & kesejahteraan hati.


Sirah Sang Penghuni Langit : Selebriti di sisi Allah SWT


Saya ingin berkongsi sebuah kisah sirah yang menarik. Kisah seorang tabi’in pada zaman Rasulullah SAW yang tidak pernah berjumpa Rasulullah SAW tetapi, baginda mengiktirafnya sebagai seorang sahabat.



Namanya cukup cantik dan indah didengar.
“Uwais al-Qarni”
Itulah namanya.
Seorang pemuda yang bermata biru, rambutnya merah, berpenampilan cukup segak, kulitnya kemerah-merahan, fakir miskin, ahli Al-Quran dan selalu menangis, tiada orang pun yang peduli atau menghiraukan tentang dirinya ketika hidup : tidak terkenal di kalangan penghuni bumi akan tetapi sangat terkenal di kalangan penghuni langit.

Uwais adalah pemuda yang berasal dari Yaman. Ketika, tersebarnya ajaran Islam di tanah Arab – beliau begitu terpesona dengan keindahan dan keadilan Islam. Inilah deen dan cara hidup yang dikehendakinya. Sinar kebenaran yang akan menyinar kegelapan dunia jahiliyah. Ketika, ajaran Islam sampai di Yaman, Uwais tanpa berlengah terus beriman dengan Rasulullah SAW dan beriktikad bahawa Allah SWT adalah Rabb-Nya.

Ramai di kalangan jiran tetangganya yang memeluk Islam pergi ke Madinah untuk bertemu Rasulullah SAW untuk bertemu secara langsung dengan baginda. Mereka mempelajari cara hidup Islam dan apabila pulangnya ke Yaman – cara hidup mereka telah berubah : hidup sebagai seorang muslim!

“ Cemburu”, itulah yang dirasai oleh Uwais.

Kehangatan kecintaan dan kerinduaan beliau kepada baginda Rasulullah SAW semakin membuak-buak. Hajat sungguh, lalu beliau bertekad untuk bertemu baginda. Beliau memiliki seorang ibu yang uzur dan berusia. Setiap hari, segala keperluan dan urusan peribadi ibunya, beliau yang mengambil tanggungjawab dengan penuh suka, rela dan gembira.

Beliau sangat menghormati dan menjaga ibunya dengan jagaan yang baik. Kerana perasaan yang rindu yang bersangatan untuk bertemu dengan akhirnya pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permintaan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata :

“Pergilah wahai anakku ! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Uwais mengucapkan terima kasih kepada ibunya, lantas dipersiapkan barangan untuk ibunya yang mencukupi disepanjang peninggalannya.

Sesudah itu setelah menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Padang pasir yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah.

Ketika berada dihadap pintu rumah Rasulullah SAW, isteri baginda Sayyidatina ‘Aisyah RA memaklumkan tiada di rumah kerana sedang berada di medan perang. Namun, dengan ketetapan dan keizinan Allah SWT – beliau tidak berpeluang bertemu dan menatap wajah Rasulullah SAW secara bersemuka. Beliau menunggu dengan penuh kesabaran.Namun, suatu hari beliau menerima berita dari Yaman bahawa ibunya sakit tenat. Maka, dengan perasaan yang berat Uwais meninggalkan

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit).

Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah RA dan para sahabatnya terpegun. Menurut makna sayyidatina ‘Aisyah RA, memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu baginda SAW, memandang kepada sayyidina Ali RA dan sayyidina Umar RA dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Wah! Inilah kisah yang sangat luar biasa. Uwais al-Qarni, apabila menadah tangan dan berdoa, insyaAllah permintaannya akan dikabulkan oleh Allah SWT. MasyaAllah – tentunya beliau bukanlah manusia biasa.

Akhir hayat yang aneh dan mengejutkan

Dan, di saat akhir hayatnya – berlaku banyak perkara-perkara yang aneh. Setelah meninggal dunia, jenazahnya telah diuruskan oleh jumlah orang yang sangat ramai yang tidak dikenali oleh penduduk kampunganya.

Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenal muncul untuk mengurus jenazah dan
perkuburannya , padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah bersiap siaga melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya :

“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ?

Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ?

Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.

Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.



Prasyarat menjadi selebriti syurga

Saya tersentuh apabila membaca kisah Uwais al-Qarni. MasyaAllah, beliau adalah seorang yang sederhana, fakir miskin, tawadhuk, solat, warak dan berhati mulia. Tentunya beliau mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Inilah selebriti syurga contoh yang harus diteladani dan diikuti.

Seharusnya kita, mencontohi selebriti sebegini. Tidak perlu terkenal di dunia yang fana ini. Tetapi, di sisi Allah SWT mendapat darjat dan martabat yang tinggi.

Allah SWT pandang kepadanya. Tentunya, untuk menjadi calon selebriti syurga – kita harus menepati syarat-syaratnya.

Saya teringat suatu tazkirah oleh Murabbi saya :

“ Untuk menjadi ahli syurga kita harus zero dosa!”

Ahli syurga tiada langsung dosa yang tercalit padanya. Taubat menjadi suatu kemestian dan kewajipan yang dilakukan saban hari agar segala dosanya tersirna dan terhapus. Itulah hakikatnya, segala kesalahan, keaiban, dosa-dosanya dan nodanya telah terhapus dengan segala usaha amal ibadah.

Inilah istimewanya untuk menjadi calon selebriti syurga. Hidupnya dipenuhi dengan amalan soleh yang mendekatkan jiwa dan hatinya terhadap Allah SWT. Ada sesuatu yang perlu kita gerakan untuk menjadi selebriti syurga.

Marilah kita perbaharui taubat dan istighfar kita setiap masa!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Setiap anak Adam mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat.”

( Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ad-Darimi)

Al-Fudhail Bin Iyadh berkata : “ Beristighfar tanpa meninggalkan perbuatan dosa ialah taubatnya para pendusta.”

Sayyidan Aisyah RA berkata, “ Beruntunglah orang yang mendapat dalam lembaran catatanya istighfar yang banyak.”

Hassan al-Basri berkata, “ Perbanyakanlah beristighfar di rumah-rumah kalian, di meja-meja makan kalian, di jalan-jalan kalian, di pasar-pasar kalian, dan di majlis-majlis ilmu kalian! Sebab, kalian tidak tahu bila keampunan itu akan turun.”







perkongsian jumaat : surah al khafi & kelebihan nya





Sabda Rasulullah SAW: .

Maksudnya:
Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada hari Jumaat, terpancar baginya cahaya antara dua Jumaat.
(Riwayat AI-Baihaqi, AI-Hakim)









hadis : menuntut ilmu itu perlu










Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)













p/s: lama aq xbuat entri mcm ni..hmm

Apabila Alat Sulit Lelaki Menyentuh....Diharamkan nya masuk Syurga..

aq jumpe time usha2 pak cik google...




'' Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah: “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.” Kata-kata itu amat mengejutkan Aleena. 

Seram bulu romanya. Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku… 

 Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata: “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” 

 Ketika itulah dia terbayang azab neraka. Terbayang kegelapan di dalam kubur. Terbayang ular dan lipan besar meratah mayatnya dalam liang lahad. Terbayang soalan Malaikat Munkar Nakir yang bengis… Jiwanya semakin menggeletar. Nafsu­nya mengecut dan nafasnya berdenyut kencang. Dia terasa nyawanya seakan-akan tercabut ketika itu. 

 Perlahan-lahan Aleena sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah. “Ya Allah, berilah aku peluang mem­betulkan diri. Janganlah cabut nyawaku lagi. Aku berjanji menjadi insan yang baik. Insan yang melakukan ibadah dan meninggalkan semua perkara keji. 

 “Ya Allah, pada malam ini aku berikrar akan meninggalkan semua perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan selama ini. Sesungguhnya pada malam ini…dan saat ini…aku melafazkan taubat kepada­Mu… “Tuhanku, terimalah taubatku… bimbinglah aku ke jalan benar. Isikanlah jiwaku dengan amal kebajikan…dan buangkan semua nafsu syaitan yang bersarang dalam diriku selama ini…” ''




tapi malang nye selepas dia bertaubat 1 kejadian berlaku kepada nya...ape die??


p/s: agak pebende yg aq search smpai jumpe artical ni?? hahah...

 sesat tetibe...heheh..

LIDAH TENTUKAN LANGKAH MANUSIA KE SYURGA ATAU NERAKA

sekadar hiasan


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata:
“Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain,

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu
yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah,
Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga,

Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”

Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.





AWAS AL-QURAN PALSU, AL-FURQAN AL-HAQ (THE TRUE FURQAN)





Al-Qur’an palsu yang diberi nama Al-Furqan Al-Haq (The True Furqan) yang pertama kali dicetak dan diterbitkan di negara muslim iaitu Kuwait dan Iraq serta disebarkan dan dicetak oleh Amerika dan saudaranya iaitu Israel.

Al-Quran palsu (Al-Furqon Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggris itu mempunyai 77 surat buatan dalam 366 halaman, di antara nama-namanya adalah: Al-Fatihah, An-Nur, As- salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.



 Dengan menggunakan “Bismillah” yang membingungkan dan yang menggabungkan 3 agama, Islam, Kristian dan Yahudi. inilah Bismillahnya:


 Ertinya: “Dengan nama bapa kalimat roh tuhan yang esa tiga dalam satu satu dalam tiga yang berbeza-beza”


Dan inilah contoh ayat-ayat dalam al-Quran palsu itu:



Dalam surat Al-Muftarah: Ertinya: “Wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimat injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqon al-haq”.




* Dalam surat Al-Masih: Ertinya: “Dan kamu mengira bahawa al-injil itu telah diubah (palsukan) sebahagiannya dan kemudian kamu mengingkarinya belakang punggung-punggung kamu.”




 Ertinya: “Dan kamu berkata: kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang telah diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kamu mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq.” Dan ini semua sememangnya ayat-ayat palsu buatan Amerika.




P/S: Sila share artikel ini kepada rakan-rakan anda untuk kebaikan bersama.




AKHLAK MULIA, KEMANUSIAAN ASAS KAEDAH PENDAKWAH

DIRIWAYATKAN, Abu Darda’ melihat orang sedang berkerumun sambil memukul serta mencaci maki seorang lelaki. Abu Darda’ kemudian menghampiri kumpulan ramai itu lalu bertanya: “Apa hal sampai begini jadinya? Mereka yang berkerumun itu menjawab: Ini lelaki yang sudah melakukan dosa besar.

Abu Darda berkata lagi: Apakah tindakan kamu jika dia terjatuh ke dalam sebuah perigi? Adakah kamu semua akan mengeluarkannya? Mereka menjawab: Ya, sudah tentu kami akan mengeluarkannya.

Kemudian Abu Darda berkata: Jika begitu, janganlah kamu mencaci dan memaki serta memukulnya. Sebaliknya tutuplah aibnya, bimbinglah dia dan bersyukur kepada Allah yang sudah memelihara kamu dari perbuatan dosa itu.

 Mendengar nasihat Abu Darda’, mereka kembali mengemukakan pertanyaan: Adakah kamu tidak membencinya?

Lantas Abu Darda’ menjawab: Aku membenci perbuatannya. Namun jika kemudian dia tidak lagi melakukannya maka dia adalah saudaraku.

Mendengar kata-kata Abu Darda’ yang penuh berhemah itu, lelaki yang dipukul itupun menangis dan bertaubat kepada Allah.


Ini satu contoh baik yang seharusnya setiap pendakwah amalkan kerana ia selari perintah Allah dalam firman yang bermaksud:
“Serulah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125)

Seseorang pendakwah semesti sentiasa berusaha mendidik diri sendiri dengan akhlak murni. Dia juga perlu bermuhasabah diri supaya menjadi pendakwah yang dihormati kerana keperibadian serta ilmu dimiliki.
Pada suatu ketika, Ibnul Muqaffa’ ditanya: “Siapakah yang mengajarkan adab dan sopan santun yang luhur ini kepadamu?

Lalu Ibnul Muqaffa’ berkata: Diriku sendiri. Kemudian dia ditanya lagi: Mana mungkin seseorang itu boleh mengajarkan sopan santun kepada dirinya sendiri tanpa berguru!

Ibnul Muqaffa memberi penjelasan: Mengapa tidak? Jika aku melihat sesuatu kebaikan pada diri seseorang, aku akan pergi menemuinya. Sedangkan jika aku melihat suatu keburukan, aku akan menghindarinya. Dengan demikian, aku telah mendidik diriku sendiri.”


Begitu proses memelihara diri dengan nilai akhlak yang baik dan operasi mendidik diri seharusnya berterusan sepanjang hayat apatah lagi seandainya dia seorang pendakwah. Modus operandi seseorang pendakwah hendaklah bertapak dalam asas akhlak mulia. Tanpa pembinaan akhlak yang unggul dan tanpa menonjolkan nilai mulia diri kepada khalayak awam, maka visi dan misi untuk melaksanakan dakwah secara efektif kurang berkesan.

Kita lihat bagaimana kaedah Rasulullah SAW dalam dakwah Baginda yang tidak pernah luntur memperagakan harga diri yang mulia sehingga mampu mencairkan hati orang ingkar dan keras penentangannya terhadap Islam.

Pada suatu hari ada perarakan jenazah orang Yahudi lalu di depan Rasulullah SAW dan sahabat. Melihat itu, Nabi SAW segera berdiri sebagai tanda hormat. Sahabat berasa hairan lalu bertanya: “Bukankah mayat itu seorang Yahudi yang bukan Muslim?

Lalu Nabi SAW menjawab: Walaupun bukan Muslim, dia adalah makhluk Allah juga.” Juga kisah berikut yang jelas menonjolkan peribadi Nabi SAW yang mulia. Diriwayatkan di suatu sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya:
“Wahai saudaraku, jangan kamu mendekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Nabi SAW datang kepadanya dengan membawa makanan tanpa berucap sepatah kata pun kepadanya. Setiap kali Baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu tanpa diketahui oleh pengemis itu siapa yang menyuap. Selepas Nabi SAW wafat, tiada lagi orang yang sudi membawakan makanan dan menyuapkan kepadanya.

Suatu ketika Abu Bakar mengunjungi rumah anaknya, Aisyah, isteri Nabi SAW seraya bertanya: “Wahai puteriku, apakah kebiasaan kekasihku Muhammad yang belum aku kerjakan? Lihatlah bagaimana anggunnya akhlak Rasulullah SAW dan pesonanya kaedah dakwah sehingga perbuatan mengunjungi pengemis Yahudi tidak diketahui orang walau sahabat paling hampir. Hebatnya peribadi Rasulullah SAW. Di akhir kisah tadi dikatakan bahawa pengemis buta Yahudi itu memeluk Islam selepas mengetahui orang yang biasa membawa dan menyuapkan makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW.

Begitu cara Nabi SAW yang tidak pernah kering dengan lontaran warna kemanusiaan dan tidak pernah gersang nilai akhlak mulia. Pendakwah yang ingin mengajak insan lain berada dalam landasan benar dan jalan lurus sewajarnya meniti jalan suci yang pernah ditempuhi Nabi SAW.





Kelebihan ayat kursi




Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W,
" Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

 Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.