AWAS AL-QURAN PALSU, AL-FURQAN AL-HAQ (THE TRUE FURQAN)





Al-Qur’an palsu yang diberi nama Al-Furqan Al-Haq (The True Furqan) yang pertama kali dicetak dan diterbitkan di negara muslim iaitu Kuwait dan Iraq serta disebarkan dan dicetak oleh Amerika dan saudaranya iaitu Israel.

Al-Quran palsu (Al-Furqon Al-Haq) yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggris itu mempunyai 77 surat buatan dalam 366 halaman, di antara nama-namanya adalah: Al-Fatihah, An-Nur, As- salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.



 Dengan menggunakan “Bismillah” yang membingungkan dan yang menggabungkan 3 agama, Islam, Kristian dan Yahudi. inilah Bismillahnya:


 Ertinya: “Dengan nama bapa kalimat roh tuhan yang esa tiga dalam satu satu dalam tiga yang berbeza-beza”


Dan inilah contoh ayat-ayat dalam al-Quran palsu itu:



Dalam surat Al-Muftarah: Ertinya: “Wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimat injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqon al-haq”.




* Dalam surat Al-Masih: Ertinya: “Dan kamu mengira bahawa al-injil itu telah diubah (palsukan) sebahagiannya dan kemudian kamu mengingkarinya belakang punggung-punggung kamu.”




 Ertinya: “Dan kamu berkata: kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang telah diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kamu mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq.” Dan ini semua sememangnya ayat-ayat palsu buatan Amerika.




P/S: Sila share artikel ini kepada rakan-rakan anda untuk kebaikan bersama.




2 comments:

  1. astafirullah.,
    zaman skang ni kena berhati2 dengan agenda2 kafir yg sememangnya sntiasa cri peluang utk jatuhkan islam.,
    tapi insyaAllah.,alquran merupakan mukjizat yg akan kekal sehingga kiamat.,takkan ada yg berjaya mengubahnya.,itu jaminan Allah.,^^
    -buktinya.,setiap kali ada yg cuba ubah kandungan Alquran pasti akan kantoi~

    ReplyDelete
  2. Itulah dia, mereka sebenarnya tau akan hadith nabi yg sering kita dengar, iaitu "berpeganglah kepada dua perkara ini dan kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu al-Quran dan SunnahKu"....
    Lihat lah bagaimana mereka ingin mengelirukan Org islam dengan adanya tokok tambah terhadap al-Quran....Namun tidakkah kita sendiri trfikir? Al-Quran yg ada dirumah pun kita jarang2 baca, renungkn makna lagilah kan jauhnya sama sekali...Jadi renung2kan lah.....

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi