Air itu melebihi darah dan kencing anjing hitam


Assalammuaalaikum...
Alhamdulillah masih diberikan masa untuk berbicara diruang perkongsian ni
Entri kali ni masih bercerita lagi tentang solat..

Seperti yang kita maklum bahawa kebanyakkan hamba yang beriman akan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Namun apakah kesemuanya memahami apa itu solat dan apakah sesungguhnya solat itu serta apakah hakikat solat yang sebenarnya..??

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
  " Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.."

Tapi bagai mana pula bagi mereka yang bukan langsung tidak memahami hakikat solat malah tanpa segan silu meninggalkan tanggungjawab tersebut tanpa segan silu...

Perihal itu aku akan sambung kemudian..
Entri kali ni aku cuma ingin berkongsi sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW..

Di zaman para sahabat , ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat . Setelah diubat oleh banyak tabib , namun penyakitnya tidak juga sembuh.Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat Istikharah. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah,
" Ya Allah , Ya Rabbhi , seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allak aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup , sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anak ku sihat dan sembuh dari penyakitnya , aku akan bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akn mandi dengan air kencing anjing hitam."
Alhamdulillah berkat doanya itu , anak nya sihat dari penyakitnya . Namun dia tidak sanggup membayar nazarnya. Kemudian dia datang kepada Rasullulah dan bertanya kepada baginda. Baginda memrintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama islam , namun orang itu tidak pernah solat.Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya.
Kemudian minum  dan mandilah dengan air itu kerana air itu melebihi darah dan kencing anjing hitam.

Demikian lah , pentingnya solat bagi kita yang beragama islam...


Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

8 comments:

  1. sampai macam tu tahap kehinaan nya..

    ReplyDelete
  2. "cari rumah seorang yang mengaku beragama islam , namun orang itu tidak pernah solat.Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya.
    Kemudian minum dan mandilah dengan air itu kerana air itu melebihi darah dan kencing anjing hitam."



    betapa pentingnya SOLAT kan HAN?
    semoga kita sama2 terpelihara
    dalam menjaga solat :)





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. Isk2, sampai begitu ye


    p/s: Han, sakit mata 4 ni pandang blog ni. Warna biru tu striking la. Menyucuk mataku.

    ReplyDelete
  4. urm, dah mengaku Islam, solat pun jgn tinggal...

    semoga dilindungi dr kelalaian dunia, huhu

    ReplyDelete
  5. erm.. pnah dgr cerita ni masa kecik2 dlu.. hina nya org yg tdk solat nie.. erm, moga kita merupakan insan2 yg sntiasa mnjaga solatnya :)

    INSYAALLAH

    ReplyDelete
  6. itu pntingnya solat dlm kehidupan kita :)

    ReplyDelete
  7. aduhaiii
    begitu pentingnye kan solat
    solat yg tiang agama ni
    x putus2 cerita ttg solat supaya nak kite ingat =]

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi