Tenang bila mengingatiMu


Assalammualaikum, salam sejahtera..

Alhamdulillah berkesempatan nak update setelah empat hari blog senyap tanpa entri asyik blog je yang tukar baju..kejap itu kejap ini..heheh..
Macam biasa entri kali ini entri perkongsian..

Selama berdiam diri aku tak buat apa-apa pun..cuma menyendiri di rumah , nak keluar pun rasa malas sebab aku bukan nya jenis suka keluar rumah tanpa sebab..
Berkurung dalam bilik lagi bagus bagi aku bilik adalah dunia aku sebab dekat situ aku boleh buat apa saja yang aku nak..peduli apa orang nak kata aku ni kera sumbang ke apa..
Yang penting ada privsi sendiri dan tak bising , rimas aku bising-bising ni..
Hobi utama bila duduk dalam bilik ni aku habiskan masa dengan baca buku sambil dengar lagu-lagu slow ( tengah baca buku layan lagu hardcore parah la jwb nye )

Sejujurnya bila dalam keadaan macam tu aku boleh tenangkan diri dari memikirkan masalah-masalah yang datang menerjah dua tiga hari ni..
Ketenangan boleh dicapai dengan pelbagai cara..
tapi apa yang aku nak kongsi kali ni adalah tentang
 "Ketenangan apabila mengingati Sang Pencipta.."


Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan yang belum pasti keadaanya atau kadang-kadang berasa lemah untuk berhadapan dengan pelbagai  cabaran dan halangan yang mendepaninya.Ini adalah kerana jiwanya penuh dengan prasangka negatif.
Mana taknya sikit-sikit fikir benda yang bukan-bukan,
Ada pulak tu sibuk memikirkan perkara-perkara yang tak relevan dan tak masuk akal..
sampai bila tak tenang asyik dok serabut situ jela..

Ketenangan jiwa akan dicapai apabila seseorang itu selalu mengingati Allah dan dia menyedari bahawa berada disamping Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan apabila dia kembali kepadaNya maka sebenarnya dia kembali berpaut pada asas yang kukuh..

Ingatkan Allah akan dtang kepada seseorang ketika waktu lapangnya..
alangkah banyaknya waktu lapang yang kita gunakan untuk menyendiri apatah lagi pada waktu akhir malam yang sepi..
Apabila kita ingatkan Allah , mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi disekeliling   kita dalam tak disengajakan akan timbul satu perasaan tenang dan timbul nya kelembutan hati sekiranya sebelum-sebelumnya hati ini keras untuk menerima perkara-perkara yg terjadi dalam kehidupan tanpa disedari mengalir air mata membasahi pipi mengharapkan ia mampu membersihkan debu-debu dosa yang menyelaputi diri memohon semoga Allah mengampuni segala khilaf dan dosa..

Termasuk dalam golongan orang yang mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti..

"....seseorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu mengalirkan air matanya..."
( Al-Hadis )

Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat didunia.
Tidak ada orang yang paling menderita didunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdamping dengan Allah...

Wassalam..
*Sila tegur jika salah..
** Baca buku-buku hadis ni selalu dapat idea nk buat entri perkongsian walaupn kadang terpesong sekejap dari maksud asal hadis tu..:)

Pesona,Daya Tarik dan Pengaruh | Kenapa kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri dari Wanita




Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Pagi-pagi buta ni aku spend masa untuk membaca buku yang tak terhabis lagi dibaca..
satu part dalam buku tu membuat aku tertarik untuk dikongsikan bersama...
Terutama kepada kaum hawa seperti aku juga...
perkongsian ni dibawah tajuk " Kenapa Kebanyakkan Penghuni Neraka Terdiri daripada Wanita "
dibawah ni adalah salah satu point yang aku ringkaskan dari pembacaan aku..
  • Pesona, daya tarik dan pengaruh

Ahli jiwa bersepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanamkan lelaki . al-Quran sendiri telah meletakkan kaum wanita sebagai pendorong nafsu keinginan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas ,sawah dan ladang . Itulah kenikmatan hidup di dunia , sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah.."

(surah Ali Imran: ayat 14)



dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini disebabkan tabiat lelaki itu mencari wanita,sedangkan wanita memancing dan menunggu dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk melakukan apa sahaja demi wanita. kerana hakikatnya wanita lebih mempesonakan lelaki darpada lelaki mempesonakan wanita..Hakikat itu telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita"



Dr. Muhammad Said Ramadhan al-buti berkata,

" wanita mampu, jika dia mahu untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dasyat kepada lelaki sehingga tidak dpat menghindarinya , dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak dan faktor pokoknya ialah wanita. Kerana itu tugas Islam yang paling besar yang diletakkan pada bahu wanita ialh supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka"



Sungguh serius penekanan tentang melindungi atau menyembunyikan senjata pesona (aurat),
separuh jalan aku menulis entri ni aku termenung sebentar , mengenangkan kembali apa yang aku buat dulu..
Ya Allah sungguh memalukan..
Aku mula sedar....

* Jangan terlalu obses dengan kecantikan fesyen duniawi sehingga bahagian yang patut kita selamatkan dari pandangan mata ajnabi kita dedahkan dengan rela..
begitu juga kalau bertudung jangan kepala sahaja bertudung tetapi badan seperti tidak berbaju jika sebahagian darinya sudah ditutup sempurna kenapa tak kesemua anda tutup dengan sempurna.. 
fahamkan maksud aku..

Selamat malam...........
Wassalam....

p/s: walaupun di alam maya ni tiada siapa yang pernah lihat dan tau siapa aku tapi di alam realiti ramai sahaja yg melihat aku..hmm..

Belum Masa..

Assalammualaikum..
Selamat pagi...
Cik Mimito , Cik Iffah , jiran-jiran dan semua pembaca blog buruk lagi hampeh aku ni..
pagi ni cuma nk buat entri karut marut je..
otak beku nak buat entri serius mcam dulu-dulu..

Pagi buta tadi chat dengan dia kejap..
Sebab kredit aku dah kong 2 hari..
dalam sibuk bersembang-sembang..
dia tanya buat apa tak tido lagi ni?
aku jawab tengah fikir nak buat macam mana dengan blog ni..
" haihh..tak habis-habis dengan blog dia.."
" Ni blog orang lain la.."
macam biasa dia memang tau sangat aku ni selalu berkepit dengan blog je..
memahami betul..
untungnye la awek die...hahah..
tapi ada satu yang tak best terselit diantara pertanyaan tu...
" Dia tanya kenapa editkan blog orang lain? "


Tau la dulu die designer laman web...
sibuk je nak suruh bayar-bayar...
suka hati la aku la nak buat macam mana lagipun edit sikit-sikit je..
Tak payah la bayar..member je..
Benda ni tak menyusahkan aku pun..setakat edit sikit-sikit takpe..
aku pun dah hafal koding-koding denim template tu jadi mmg takde hal kalau orang nk mintak tolong,aku sedia membantu...

Rasa nak penampor je bila dia asyik bebelkan benda yang sama..
Belum masa lagi aku nak mintak upah atau bayaran..
Mungkin lain kali je aku buat edit blog berbayar...
insyaAllah...
Ni pun dalam proses blajar semua tutorial yang ade,tapi aku takkan buat tuto sebab aku tak reti nk explain pasal benda-benda ni..

p/s: Dia tu teman tapi mesra...hahah..

== zzzZZZZ

Pengabdian diri..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Lama rasa nya aku tak buat entri perkongsian..
2-3 menjak ni selalu buat entri mengarut je..takde mase sebab bz dengan kerja..
Bulan 12 ni pulak insyaAllah kalau tiada aral melintang aku mula study balik sama juga dengan rakan seperjuangan yang juga bakal sambung study awal bulan 12 ni..

Berbalik kepada tajuk..

Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan : " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ".
Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya yang dijelmakan didalam pengakuan: Muhammad itu ialah utusan Allah.

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok tentang mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya didalam kenyataan.

Pengabdian diri ini juga bukan lah hanya sekadar melafazkan pengakuan dan ikrar bahawa " TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH " dan bahawa " NABI MUHAMMAD ITU IALAH UTUSAN ALLAH ",
pengabdian diri juga hendaklah dijelmakan juga dalam bentuk kepercayaan seperi juga syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan seperti mana juga ianya dijelmakan didalam pertauran dan undang-undang..

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa dan kepada Ku lah hendaknya kamu takut . Dan bagi-Nyalah apa yang ada dilangit dan dibumi , dan bagi-Nyalah ketaatan yang tetap , apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti..?? "
( Surah al-Nahl: ayat 51-52)

Bukanlah hamba Allah orang-orang yang mempersembahkan atau melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain selain Allah , sama ada bersama-sama dengan Allah ataupun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah...
Lebih jelas lagi yang menyekutukannya..

SUMBER: catatan dari pembacaan..

p/s: sebenarnya panjang lagi tapi aku pendekkan..

KATA-KATA HIKMAH #1

1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A


Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa

Awak tau kan bujang-bujang ni kita kena enjoy



Betul ke hidup bujang ni kena enjoy??

Teman: " Bosan la hidup macam ni..serabut dengan tugas harian.."

Aku: " Habis Awak nak hidup yang macam mana? "

Teman: " Kalau boleh saya nak betul-betul jadi orang bujang..awak tau kan bujang-bujang ni kita kena enjoy..saya rasa saya nak enjoy puas-puas sekarang ni "

Aku: " kerja awak macam mana?? "

Teman: " Saya berhenti kerja dah..hmm ape pendapat awak..( nada suara agak perlahan..) "

Aku: " Enjoy memang boleh tapi jangan la sampai melalaikan , lupa akan perkara yang lebih penting untuk membuatkan diri awak senang dimasa depan kelak..Saya tak nak awak menyesal nanti saya cakap ni untuk kebaikan awak sebab ni jalan hidup awak..Saya sendiri pun ada jalan hidup saya..Fikir betul-betul , kita tak tau ajal kita bila entah esok entah lusa..Laksanakan tanggungjawab yang patut didahulukan jangan asyik fikir enjoy je..dunia ni sementara..Rebut peluang untuk jadi yang terbaik selagi hidup..Manfaat yang awak akan dapat kelak untuk diri awak jugak bukan untuk saya..:) "

*Sejujurnya aku tak faham apa masalah dia sebenarnya..sebab diapun tak nak bagitau semua...
Macam mana pulak dengan korang..??

P/S: ENJOY IS NOT THE WAY TO MAKE YOUR LIFE HAPPY FOREVER..

Selamat malam..
Assalammualaikum...

Jangan ungkap...



Jangan kata sayang jika hati masih belum rela..
Jangan ungkap cinta jika hati masih ragu..
Kerana ia akan membuat hati ini bertambah luka...



Jom baca sirah Nabi | Eleh sirah Nabi aku dah tau kot..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah Diberi kesempatan bersemuka kembali di alam yang tak nampak ni..

Berbalik kepada tajuk..
Bila ada orang nak bercakap tentang sejarah Nabi s.a.w atau bila dengar tajuk yang ustaz nak sampaikan dekat surau ke , dekat masjid ke , dewan orang ramai ke  , tentang riwayat hidup Nabi s.a.w atau Nabi-Nabi sebelum nya...
Cuba try flashback balik ada tak korang sebut ayat seperti dibawah ni..


  • " Eleh aku dah tahu cerita ni.."
  • " Lorh apsal nak cerita pasal benda ni budak tadika pun tau la.."
  • " Time sekolah dulu aku dah dengar pasal cerita ni.."
  • " Bosan la tak de cerita lain ke..benda budak-budak punye cerita kot"
Bila ada filem tentang perjuangan islam mula bertapak di Makkah , kita pun kata..Eleh , aku dah tengok , dah tau dah cerita dia macam mana..

disuruh dengar " emm aku dah pernah dengar la.."
disuruh tengok.." hmm..aku dah pernah tengok pun laaa..."

Macam mana pulak disuruh baca buku tentang sirah nabi ni???
Komfem jadi macam ni..
" Alamak ini yang paling aku lemah semangat ni.."
" Malas la nak baca aku ni dah rabun susah la kalau nak hadap buku lama-lama sakit mata, sakit kepala...(yang rabun sila jangan terasa sebab aku pun rabun) "
Tapi percayalah " Keindahan Membaca Tidak Dapat Dinafikan Amat Besar "

" Releks la..apa barang buku..sekarang dunia dah maju maklumat dihujung jari cari jela dekat internet..jangan la jadi kuno sangat baca buku tebal-tebal nak bawak pun berat gila..tengok aku bawak netbook ja senang..buku-buku ni dah tak laku la lagipun sapa nak baca benda berjela-jela..bukak youtube cari cerita pasal sirah nabi tengok dan dengar senangkan.."

Well der seriously aku cakap tak bermakna dengan ada nya kemudahan internet buku tak diperlukan dah mula-mula kau guna netbook tu pun guna BUKU panduan jugak kan..toksah nak kata kuno sangat la..Kalau ye pun kau cakap buku-buku ni dah tak laku apsal aku tengok Syarikat-syarikat penerbitan buku ni tak bungkus lagi duit masuk beribu-riban adela...Mana-mana aku p ada je orang yang jual buku, beli buku itu menunjukkan The beauty of reading is really awsome...
" Hanya orang yang membaca yang tahu nikmat dan kesannya.."
Macam makan ikan siakap masak sweet sour hanya orang yang makan sahaja yang tau macam mana rasa sweet tu dan macam mana rasa sour tu..

Kita yang beragama islam..jangan la mulut  sahaja yang mengaku mengatakan mencintai Rasullullah jika cerita tentang riwayat hidup Beliau pun korang tak sudi nak baca...
Sekadar mendengar dan lihat sahaja tidak memadai untuk kita mendalami dan memahami tentang sesuatu benda tersebut..



Buku ini telah dipilih sebagai sirah yang terbaik di dalam persidangan antarabangsa ketiga mengenai sirah Nabawiyah dan Hadis Nabi s.a.w. yang berlangsung di Qatar.


Tetamu terakhir disaat pengakhiran kehidupan duniawimu



Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Entri kali ni adalah kesinambungan dari entri yang lepas..


Seperti apa yang tertulis pada entri yang lepas aku pasti tak semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kita pada malam pertama di alam kubur..
Yang pastinya orang yang pergi membawa amal yang penuh pasti akan kurang sedikit rasa takut pada malam pertama dia dikubur kerana dia diterangi cahaya yang menerangi kegelapan di alam tersebut begitu juga sebaliknya.

Anas r.a pernah berkata:

" Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah ,baik dengan membawa keredhaan-Nya ( hari kewafatan ) , dan kedua iaituhari dimana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal , dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam , adalah malam pertama kali didalam kubur dan malam dimana pagi harinya dilenyapkan tatkala Hari Kiamat."

Berbalik kepada tajuk..
tahukah anda siapa tetamu terakhir tersebut??

Ketahuilah bahawa
kedatangan dia bukan lah kerana dahagakan hartamu yang bertimbun-timbun,
Kedatangan dia bukanlah kerana mahu dihidangkan makanan yang lazat daripadamu,
Kedatangan dia juga bukanlah kerana ingin meminta bantuan untuk membayar hutangnya atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu diselesaikan..
tidak sama sekali!!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Tiada siapa pun dikalangan kalian yang mampu mengagalkan misi nya meskipun dunia sekarang sedang gah dengan kuasa nuklear yang mampu membinasakan sesebuah jajahan dengan sekelip mata pun tidak mampu membinasakan misi nya.Wlaupun anda tinggal didalam istana yang serba lengkap dengan sistem kawalan yang serba lengkap, anda tidak akan dapat juga mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu..

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk,meminta izin tau membuat temu janji terlebih dahulu dia akan datang bila-bila waima dalam keadaan apa sekalipun..
Ketika kamu sedang sibuk atau bersenang-senang, sedang sihat atau pun sakit , semasa anda kaya atau sedang jatuh miskin , Sedang berfoya-foya tauapun sedang beribadah..

Sahabatku sekalian,
pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah , ia tidak akan dipengaruhi oleh ucapan manis mu yang dulu dapat mencairkan hati mana-mana wanita yang lemah atau merasuk mana-mana lelaki supaya sujud didepanmu...tangisanmu dulu yang boleh membuatkan orang sekeliling simpati akan keperitan dan kesedihan yang kamu lalui..Bahkan jika disogok denga harta setinngi langit pun dia tetap tidak akan berpaling dari urusanyang telah ditetapkan itu..

Sungguh!!
dia hanya mahu kan kamu bukan orang atau pun benda lain.. dia inginkan kematian dan mencabut nyawamu!!!
DIA LAH MALAIKAT MAUT!!

Allah SWT berfirman:
" Katakanlah , 'Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu ; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."


Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut itu sesuatu yang pasti?
Sedarkah anda bahawa kunjungan malaikat maut bakal mengakhiri hidupmu dan juga segala aktivitimu, menutup segala lembaran amalmu?
Sedarkah anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan perjalanan usia sudah mendekati destinasi terakhirnya?

Mana persiapanmu untuk bertemu malaikat maut wahai sahabat ku?
Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya, menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dialam kubur , di padang mahsyar, ketika perhitungan hisab , ketika diperlihatkan lembaran amal mu, ketika melintasi shirath dan berdiri dihadapan Allah Al-Jabbar??

Dari ' Adi bin hatim r.a dia berkata , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak seoarang pun dari kamu melainkan akan diajak berbicara oleh Allah pada hari kiamat , tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikan nya dan memandang yang lebih sial darinya,maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya.Lalu memandang dihadapannya ,maka ia tidak melihat selain neraka dihapan muka nya. kerana itu takut lah api neraka walaupun dengan sebelah biji kurma dan walaupun dengan ucpan yang baik." 
Akhir kata..
Muhasabah lah keatas dirimu begitu juga aku..
disaat masa lapang fikirkan lah betapa cepat berakhirnya waktu hidup ini..

SUMBER: Sebahagian dari pembacaan..

Lelaki yang dipastikan masuk syurga..


Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Memandangkan hari ni cuti lg aku mengambil peluang untuk online seharian tapi untuk menaip entri sendiri tu tak de idea lagi la..
Aku cuma blogwalking senyap-senyap dan baca beberapa post yang disharekan dekat page-page yang ada dekat FB tu..
Banyak cerita-cerita yang bagus untuk dijadikan bahan untuk mengmuhasabahkan diri..
siapa kata FB tu tak bagus? cuma kena pandai la nak buatkan fb tu jadi bagus..ye tak?
Dalam banyak cerita yang aku baca tadi aku tertarik untuk kongsikan cerita ni..
Dimana seorang hamba Allah yang biasa amal ibadahnya tetapi terp[ilih untuk menjadi salah seorang penghuni syurga...


Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian, “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,”
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas.Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya:

“Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu.Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga,”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yangsaudara saksikan” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam.Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri.Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu.

Lelaki itu dijanjikan Allah syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.

SUMBER

Entri Minggu Lepas : Malam Pertama yang menakutkan

Ketakutan Pada Malam Pertama...

ehsan google
Assalammualaikum..
Salam sejahtera..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa lagi..
Apa khabar semuanya..
Syukur alhamdulillah jika baik-baik sahaja..
bagi yang kurang baik banyak-banyaklah bersabar ,bertawakal kepadanya dan akihir sekali redha dengan ujian-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya..

Berbalik kepada tajuk , Ketakutan Pada Malam Pertama??
Amboi laju je kau bila tengok tajuk malam pertama ye..
Tapi cerita kali ni
Bukanlah cerita malam pertama bagi yang dah berkahwin atau pun yang tak kawin lagi err..ade ke??
Tapi perkongsian/cerita kali ini berkisar tentang "Ketakutan Malam Pertama di Kubur"


Ibnu Umar berkata:
" Perumpamaan orang mukmin saat roh dikeluarkan daripada jasadnya adalah seperti orang yang keluar dari penjara ke alam bebas. Ketika dia meninggal dunia ditampakkan kepadanya kurniaan Allah dan kemuliaan-Nya yang tak pernah dilihatnya didunia . Tentu tidak mahu kembali lagi ke dunia seperti dia tidak mahu kembali ke dalam rahim ibunya."


Siapa yang mengaku diri tidak takut mati adalah pembohongan nyata. Siapa yang tidak gerun berhadapan dengan pertuduhan yang mempunyai bukti dan saksi yang kukuh dan tidak ada lagi tipu helah yang dapat dilakukan walaupun ketika hidup dia terkenal sebagai seorang yang petah berkata-kata,pandai berbelit lidah,pandai memutar balik fakta dengan pembohongannya tetapi dialam barzah nanti , wajah mayat nya yang pucat itu jelas mengambarkan tiada guna lagi lidah yang dahulunya fasih berhujah.

Tangannya yang suatu ketika dulu menunjukkan kuasa akhirnya terikat dengan kapan sendiri.Kaki yang dulu kukuh menginjak kepala orang yang dianggap miskin dan hina kini menjadi habuan kala dan ular berbisa.Wajah yang dulu berseri-seri yang selalu dipuja-puja manusia kerana kecantikannya rosak binasa dimamah oleh semut tanah yang apabila mereka mula mengigit akan terasa sakit teramat sangat..
Mereka mula mengunyah perlahan-lahan daging di tulang pipinya , berpindah ke mulut busuk lantaran suka mengumpat, naik ke hidung yang sombong , kedua biji mata yang gatal dan bernafsu itu kini binasa oleh tikus tanah yang kelaparan.Tulang-tulang rusuk dihimpit bumi kerana marah akan kezaliman yang dilakukan dahulu.
Jika semua manusia boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa nescaya tiada lagi kehidupan dimuka bumi ini.

Masih adakah ketakutan yang lebih dasyat dari ketakutan melalui Malam Pertama di Kubur?
Bagaimana pula denga rasa sedih yang menghantui mayat terbuang sendirian?
Dimanakah isteri, anak dan saudara-mara yang dulu mengasihi?
Mereka tentu sibuk membahagi harta yang ditinggalkan tidak lagi diperdulikan kamu yang sudah tiada..
Bagaimana perasaan lelaki atau wanita itu jika isteri atau suami mereka melupakan kisah cinta mereka berdua??

Perasaan sedih dan takut boleh mengoncangkan hati sesiapa saja didunia ini.
Tetapi kita boleh mengubati rasa sedih dan takut itu jika kita masih hidup..
Bagaimana pula bila kita sudah mati?
Siapa yang mahu menolong kita dari seksaan perasaan sebegitu?

Hanya Amal yang mampu menolong dan menemani ketika kita dalam ketakutan dan kesedihan ketika didlam kubur nanti.Mata yang membaca al-Quran , lidah yang suka berzikir, tangan yang sentiasa bekerja kerana Allah dan kaki yang tegak kerana iman.Semuanya menjadi cahaya menyinar kegelapan didalam kubur kelak.
Di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka. Hingga ke hari kebangkitan yang dijanjikan kelak..



Renungan kembali:
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya..



SUMBER: Sebahagian perkongsian melalui pembacaan.

* Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat...