Jom baca sirah Nabi | Eleh sirah Nabi aku dah tau kot..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah Diberi kesempatan bersemuka kembali di alam yang tak nampak ni..

Berbalik kepada tajuk..
Bila ada orang nak bercakap tentang sejarah Nabi s.a.w atau bila dengar tajuk yang ustaz nak sampaikan dekat surau ke , dekat masjid ke , dewan orang ramai ke  , tentang riwayat hidup Nabi s.a.w atau Nabi-Nabi sebelum nya...
Cuba try flashback balik ada tak korang sebut ayat seperti dibawah ni..


  • " Eleh aku dah tahu cerita ni.."
  • " Lorh apsal nak cerita pasal benda ni budak tadika pun tau la.."
  • " Time sekolah dulu aku dah dengar pasal cerita ni.."
  • " Bosan la tak de cerita lain ke..benda budak-budak punye cerita kot"
Bila ada filem tentang perjuangan islam mula bertapak di Makkah , kita pun kata..Eleh , aku dah tengok , dah tau dah cerita dia macam mana..

disuruh dengar " emm aku dah pernah dengar la.."
disuruh tengok.." hmm..aku dah pernah tengok pun laaa..."

Macam mana pulak disuruh baca buku tentang sirah nabi ni???
Komfem jadi macam ni..
" Alamak ini yang paling aku lemah semangat ni.."
" Malas la nak baca aku ni dah rabun susah la kalau nak hadap buku lama-lama sakit mata, sakit kepala...(yang rabun sila jangan terasa sebab aku pun rabun) "
Tapi percayalah " Keindahan Membaca Tidak Dapat Dinafikan Amat Besar "

" Releks la..apa barang buku..sekarang dunia dah maju maklumat dihujung jari cari jela dekat internet..jangan la jadi kuno sangat baca buku tebal-tebal nak bawak pun berat gila..tengok aku bawak netbook ja senang..buku-buku ni dah tak laku la lagipun sapa nak baca benda berjela-jela..bukak youtube cari cerita pasal sirah nabi tengok dan dengar senangkan.."

Well der seriously aku cakap tak bermakna dengan ada nya kemudahan internet buku tak diperlukan dah mula-mula kau guna netbook tu pun guna BUKU panduan jugak kan..toksah nak kata kuno sangat la..Kalau ye pun kau cakap buku-buku ni dah tak laku apsal aku tengok Syarikat-syarikat penerbitan buku ni tak bungkus lagi duit masuk beribu-riban adela...Mana-mana aku p ada je orang yang jual buku, beli buku itu menunjukkan The beauty of reading is really awsome...
" Hanya orang yang membaca yang tahu nikmat dan kesannya.."
Macam makan ikan siakap masak sweet sour hanya orang yang makan sahaja yang tau macam mana rasa sweet tu dan macam mana rasa sour tu..

Kita yang beragama islam..jangan la mulut  sahaja yang mengaku mengatakan mencintai Rasullullah jika cerita tentang riwayat hidup Beliau pun korang tak sudi nak baca...
Sekadar mendengar dan lihat sahaja tidak memadai untuk kita mendalami dan memahami tentang sesuatu benda tersebut..



Buku ini telah dipilih sebagai sirah yang terbaik di dalam persidangan antarabangsa ketiga mengenai sirah Nabawiyah dan Hadis Nabi s.a.w. yang berlangsung di Qatar.


8 comments:

  1. betul tu hana,,ramai org yg bagi alasan,,,tapi kalau suruh ceita balik,,,dengan lengkap,,,gagap jugak kot :) nice entry

    ReplyDelete
  2. setuju, baca buku serius lagi best :)

    ReplyDelete
  3. baca buku lagi best. Rasa sesuatu dalam hati. takkan terungkap kecuali sendiri rasa.hehe;)

    ps:singgah sini 4 da 1st time. salam ziarah dari pc^^

    ReplyDelete
  4. Najwa: yup btl tu ^_^

    Yen: Thanks Naz

    Sergeant keroro: tp skrg ni agak kurang org nk baca bku serius..:)

    HAfiz: Roshdi: entri sebelum2 ni ade..boleh la cari ye..^_^

    Pengemis cinta: yup btl tu hanya pembaca yang tahu nikmatnya..

    Thanks semua sbb sudi singgah..^_^

    ReplyDelete
  5. betoooollll!
    walau pun dh banyak sangat cite yg boleh dpt kat tenet, tapi x sama dengan tandingan nya dengan memiliki buku dan merasa seronok sgy bila seolah2 berada dalam buku tu kan =]



    ehem2, tukar lagi ye..cantiknyela owg kretip ni =]

    ReplyDelete
  6. tapi kalau baca buku ni feeling dia lain daripada baca kat dalam internet...:)

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi