Hidup,kehidupan...

kehidupan ini sama sahaja seperti kabus yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap..
Sesungguhnya manusia juga seperti nafas sahaja dan semuanya sia-sia hanya yang menghayatinya sahaja mengerti akan makna kehidupan yang sebenar...


Ramai yang hanya berharap pada kehidupan dunia dan mereka menganggap inilah syurga yang sebenar...
Setiap hari mereka hanya sibuk dengan urusan-urusan dunia..
Aku tak kata semua urusan dunia tu tak penting maksud aku urusan-urusan itu dilakukan sehingga melalaikan tanggungjawab pada yang Esa..
Mereka melupakan diri bahawa saat itu bakal tiba apabila segalanya berakhir dan kita bakal kembali ke tempat yang hakiki kelak sama ada syurga atau neraka..


Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Walau bagaimanapun Allah memberikan petunjuk,ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri kerana kehidupan yang sebenar bukan lah di dunia yang sementara ini tetapi di sana kelak..


Jadi waspadalah supaya jangan menghanyutkan diri dalam dosa, kesenangan dna keseronokkan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan-Nya agar selamanya kita hidup dalam rahmat-Nya...

* Lama nya rasa tak mengupdate blog,nak menaip pun rasa malas ya amat...
nak kata bz xdela bz sgt pun...
Alhamdulillah aku dah selamat sampai pun kat jitra ni..(lama dh sampai sebenarnye)
Tugas pertama bila dah ada dekat sini tanamkan keazaman utk terus berjuang membanting tulang empat kerat otak yang tak seberapa ni untuk terus study dan stdy baru 1st week rasa mcm dh nk pengsan dgn benda-benda yang nk kena beli untuk projek-projek yang bakal dipertanggungjawabkan...letih otak aku macam ni...

5 comments:

  1. begitulah kita di dunia
    dunia adalah titian utama ke "sana"

    pick the best for the best!
    stdy molek2 ye
    hehehe :))

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH... moga entri awk ni dpt mengingatkan untuk diri sendiri dan yg lain2... btw gudluck dgn study awk ye... :)

    ReplyDelete
  3. salam, haritu ada daftar GENG fiQ'Ra ke? blogger card dah lama di siapkan.. boleh refer link ni http://fiqracake.blogspot.com/2011/12/blogger-card-geng-fiqra.html ... berharap dapat letakkan blogger card di blog dan semua ahli geng fiqra, wajib meletakkan kad itu.. kalau nak undur diri dari geng fiqra, beritahu di email, fiqra91@gmail.com.. kerjasama awak amat dihargai ^_^

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi