Kadang-kadang...(luah kan untuk lega)



Kadang-kadang
 bila kita diam atau secara tidak sengaja mengelakkan diri
orang sudah menganggap yang bukan-bukan tentang kita..
tetapi terima kasih jika menegur secara terus..
tak perlu rasanya kata dibelakang aku boleh terima kalau orang cakap direct je dengan aku...
aku pun manusia tak pernah lari dari alpa...

Kadang-kadang,
tak semua yang kita buat sempurna dimata orang,
mana tidak nya jika ianya hanya dilihat dengan sambil lewa tanpa mendalami secara terus menerus..
ingat lah walaupun kejadian manusia ni adalah sesempurna kejadian tak semua manusia sempurna akal dan budi..
aku juga salah satu dari yang tak sempurna tersebut..

Kadang-kadang,
kita tak sedar apa yang kita cakap tu boleh menguris hati sesetengah pihak..
tapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata binasa..
maka berhati-hatilah dalam berbicara..
sanggup ke menanggung dosa menyakiti hati saudara sesama agama..??

Kadang-kadang,
hendak meluah tapi tiada siapa sudi mendengar..
jadi disini aku meluahkan sebab di alam nyata nya aku ni jenis yang kurang pandai berinteraksi bahkan menyuarakan sesuatu..
sekadar memendam..
bila rasa nk meluah aku menulis-menulis dan terus menulis..
diblog dairi dan dimana-mana sahaja yang aku rasa aku boleh menulis..
sama ada ianya dibaca umum atau pun untuk diri sendiri..:)

Akhirul..

Kadang-kadang,
tak salah kalau kita memohon/meminta maaf beribu kali..
kerana memohon maaf sekali tak bermakna dimaafkan..
maka maafkan lah mereka yang meminta maaf itu,
maaf mereka bukanlah untuk dicemuh..
ianya lebih baik dari menyimpan dendam yang akhirnya merosakkan iman..

Wassalam...
* Letih sebenarnya dgn hal2 dunia yang kadang-kadang kita taknak tapi kena jugak menharunginya..
kita tak tahu apa2 tapi kita jgk yang kena tempias...
maka SABAR adalah jln utama dalam mendepani masalah tersebut..

8 comments:

  1. begitu banyak kadang2 dlm entri ni, dan sy sedang mengirenye
    hehehe

    betol tu han, xpelah, lalui sedaya upaya yg terbaik mungkin :))

    ReplyDelete
  2. memang menyedihkan bila terasa takder tempat untuk luahkan isi hati~... T^T

    ReplyDelete
  3. salam han hehe nia hantar benda tu tak bermaksud nak marah pun hihi act admin geng fiq tengah nak check semuaa blog yang join geng ni, first check ni kami akan bgtau lah sesiapa yg takde. nanti sec check admin akan buang sesiapa yg xde . maaf kalau cara komen saya kasar. kasar ke eh? huhu .

    ReplyDelete
  4. wuuu, saya akan suspens kalau tiba2 ada someone yg mendiamkan diri atau dingin sgn saya. i'm afraid that i'm the reason yg buatkan dia marah ka apa ka bila dingin mcmtu. huhu.

    ReplyDelete
  5. nia: eh xdela...heheh.. nijust entry je..

    ReplyDelete
  6. Kadang2.. kadang2 pn bleh jadi sentiasa.. hihi~
    nice entry!

    singgah blog PM joM~

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi