Jom Berpesan-pesan #1





Rasulullah SAW pernah menasihati puteri tercintanya :

 “Anakku, dunia ini adalah ladang untuk beramal. Dan hidup di dunia ini bererti bekerja. Maka penuhilah kewajibanmu sebaik-baiknya. Jika kamu merasa penat dan letih, dan merasakan kewajibanmu begitu sangat berat, berdoalah kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan kekuatan kepadamu....”


#ingat nak buat entri panjang sikit...tapi kena beres kerja dulu...
lain kali jela..:)
Assalammualaikum..



Rasa Nak Jiwang Pulak Hari Ni #2


senang je nak kantoi kan orang yang tengah dilamun cintan cintun ni...
meyh baca apa yang aku nak tulis kali ni...:P


1.Tiap-tiap hari ada je yang korang nak gaduh kan sampai merajuk berhari-hari sampai tak nak tangok muka langsung walaupun topik yang digaduh kan tu cuma benda remeh je...
"kau jangan nak mengada-ngada hari ni kena ikut aku makan kat maple hujung taman sana" "Ahhh..ikut suka aku la nak ikut ke tak nak.." 
Tapi dalam masa yang sama kau still tak boleh nak lupa kan dia lepas tu boleh pulak senyum-senyum bila baca ape yang aku tulis ni...

#ahakz..kantoi..xnak ngaku lagi ye..xpe-xpe kita tengok yg seterus nya..
yang ni memang kebanyakkan orang akan buat..tak baik nipu..

2.korang bergayut malam-malam buta sampai kau pun naik mual dengar dia bercerita than lepas 5 minit dia matikan talian kau mula rindu kan dia balik...

#eh2 tadi dah mual dah muak ni boleh pulak rindu2 tak boleh jadi ni...hahahah

3.Bila dah call-call tu mesti ada berbalas mesej jugak kan dan kadang-kadang kau sanggup ulang-ulang baca mesej dia..

#betul tak...ngaku cepat...tak nak ngaku lagi...

4.Bila keluar berdua dengan dia,kau tak kan berjalan laju macam orang lewat nak ke kelas komfem slow-slow punye..

#kan...;D

5.Bila kau dengan dia, kau akan rasa malu tahap dewa...

#aceceh..sblm ni kau lek je bila jumpa dgn awek/pakwe yg handsome +++..

6.Bila kau teringat kan dia secara automatiknya jantung berdengup laju macam dipam-pam...

7.Kadang-kadang boleh dicop tak berapa nak betul bila tersenyum sorang-sorang dengar suara dia.

8.Bila kau dah pandang dia..orang lain yang dok usha-usha kau pun kau dah tak nampak dah...apa yang kau nampak cuma dia walaupun dia tu hah duduk bermeter-meter dari tempat kau duduk..

9.Dah la tak nak ngaku..lepas tu dari tak penah-penah layan lagu-lagu jiwang tiba-tiba boleh pulak p dok layan...haihh apa nak jadi ni...

10.Dan dalam masa yang sama tanpa sedar kau sekarang tengah senyum sorang-sorang sebab teringat kan dia...:)

Ok dah sampai habis pun still tak nak mengaku jugak..satu je aku boleh agak..

11.While reading this, there was one person on your mind the whole time..... ;)

#GOTCHA...:P



*amboi2 entri cintan cintu rmai ja pakat nk komen...:P


Cinta tak harus memiliki ( Jalan Cinta Para Pejuang )




Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.


Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya.

Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW" , sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli baitnya.

"Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

    ”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan mengiyakan.” Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah.


Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman.

    Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahawa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.


Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

???

    Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesedaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesedaran yang kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.

    Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan. Rasa memiliki seringkali membawa kelalaian. Maka menjadi seorang manusia yang hakikatnya hamba adalah belajar untuk menikmati sesuatu yang bukan milik kita, sekaligus mempertahankan kesedaran bahawa kita hanya dipinjami. Inilah sulitnya. Tak seperti seorang tukang parkir yang hanya dititipi, kita diberi bekal oleh Allah untuk menggayakan nilai guna kurniaNya. Maka rasa memiliki kadang menjadi sulit ditepis..


[Sumber: Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah]

BUKU BAGUS PATUT DIBACA DAN DIRESAPI UNTUK MENCARI CINTA SEJATI

Jalan cinta para pejuang adalah jalan bagi para pejuang cinta yang dengan cintanya ia menyusun rencana untuk memberi. Pejuang cinta sejati akan menjadi majikan cinta bukan budak cinta.


#Zaman sekarang still ade ke org mcm ni? komfem berkapak berparang kan...
ehh..jap aku copy dri mna cerita ni..ahh sudah.. o_O"

Rasa Nak Jiwang Pulak Hari Ni #1


Jika sayang lepas kan dia bebas... 
kerana jika ditakdirkan si dia milik kamu dia akan kembali... 
Jika tidak mungkin ditakdirkan si dia bukan milik kamu... 
Yakin dengan perancangan-NYA...:)


#Ayat kat gambaq tu boleh kira cinta sejati ka? mcm tak je...
Bila la agak nak buat entri macam dulu..banyak merapu je skrg ni...hmm

Last Ramadhan and Raya la sangat...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera....



Pertama skali...emm abai kan gambaq kat atas tu...
ok aku tak tau nak tulis apa sebenar nya dan memang malas dah nak ngadap benda ni banyak lagi benda yang aku nak buat...

sebenar nya entri ni patut aku publish masa last puasa hari tu entah mcm mana kemalasan untuk mengadap benda ni buat aku lupa yang patut nya ada entri for last ramadhan tergendala mcm tu ja...
*ape jadah aku tulis pun aku xtau la... -_-"

Disebabkan 2-3 hari sblm raya aku still ade klas so tahap keterujaan nk balik selangor hari tu agak low sikit...mana tak nya dengan asgmnt dgn test dgn quiz...
owh2 sungguh tak memberangsang kan jiwa untuk aku beraya seperti sepuloh tahun dulu...
*bajet kanak2
Dan 2-3 hari sblm nk raya jgk aku baru cari tiket nak balik selangor...
*ingat mmg nak raya kedah ja p buat muka tak malu dok umah mak ngah aku..hahah
tapi tak boleh mak aku dah ugut awal2 kalau tak balik jugak raya ni mak aku merajuk..pergh mmg tak boleh jadi la satgi kena cop anak derhaka..
Disebabkan tu la aku usaha kan jgk cari tiket balik alhamdulillah la ada...

#fakta: kalau hang dok kedah ni jangan risau tiket balik selangor komfrem ada lain la klau hang dok kelantan ka terengganu ka...mmg mampoih la xda tiket last2 minit mcm ni..menangis la hang guling2...

Raya??? MALAS NAK CERITA....

Pasai apa aku tak mau ulas panjang2 pasal raya sebab raya tahun ni sangat-sangat la tak best fullstop...but  
seriously ramadhan di tempat org mmg superb ohsemm.....
banyak benda aku belajar itu yang penting...
part raya tu sehari raya cukup la nak raya sampai 30 hari nak watpa... -_-"



Trimas baca entri aku yang merepek ni...=="
SEJAK AKHIR2 NI KEMALASAN MENAIP DI BLOG SEMAKIN MENJADI-JADI...