Rasa Nak Jiwang Pulak Hari Ni #2


senang je nak kantoi kan orang yang tengah dilamun cintan cintun ni...
meyh baca apa yang aku nak tulis kali ni...:P


1.Tiap-tiap hari ada je yang korang nak gaduh kan sampai merajuk berhari-hari sampai tak nak tangok muka langsung walaupun topik yang digaduh kan tu cuma benda remeh je...
"kau jangan nak mengada-ngada hari ni kena ikut aku makan kat maple hujung taman sana" "Ahhh..ikut suka aku la nak ikut ke tak nak.." 
Tapi dalam masa yang sama kau still tak boleh nak lupa kan dia lepas tu boleh pulak senyum-senyum bila baca ape yang aku tulis ni...

#ahakz..kantoi..xnak ngaku lagi ye..xpe-xpe kita tengok yg seterus nya..
yang ni memang kebanyakkan orang akan buat..tak baik nipu..

2.korang bergayut malam-malam buta sampai kau pun naik mual dengar dia bercerita than lepas 5 minit dia matikan talian kau mula rindu kan dia balik...

#eh2 tadi dah mual dah muak ni boleh pulak rindu2 tak boleh jadi ni...hahahah

3.Bila dah call-call tu mesti ada berbalas mesej jugak kan dan kadang-kadang kau sanggup ulang-ulang baca mesej dia..

#betul tak...ngaku cepat...tak nak ngaku lagi...

4.Bila keluar berdua dengan dia,kau tak kan berjalan laju macam orang lewat nak ke kelas komfem slow-slow punye..

#kan...;D

5.Bila kau dengan dia, kau akan rasa malu tahap dewa...

#aceceh..sblm ni kau lek je bila jumpa dgn awek/pakwe yg handsome +++..

6.Bila kau teringat kan dia secara automatiknya jantung berdengup laju macam dipam-pam...

7.Kadang-kadang boleh dicop tak berapa nak betul bila tersenyum sorang-sorang dengar suara dia.

8.Bila kau dah pandang dia..orang lain yang dok usha-usha kau pun kau dah tak nampak dah...apa yang kau nampak cuma dia walaupun dia tu hah duduk bermeter-meter dari tempat kau duduk..

9.Dah la tak nak ngaku..lepas tu dari tak penah-penah layan lagu-lagu jiwang tiba-tiba boleh pulak p dok layan...haihh apa nak jadi ni...

10.Dan dalam masa yang sama tanpa sedar kau sekarang tengah senyum sorang-sorang sebab teringat kan dia...:)

Ok dah sampai habis pun still tak nak mengaku jugak..satu je aku boleh agak..

11.While reading this, there was one person on your mind the whole time..... ;)

#GOTCHA...:P



*amboi2 entri cintan cintu rmai ja pakat nk komen...:P


7 comments:

  1. hehehehe...sweet jekkk..tersenyum senyum disini tau!

    ReplyDelete
  2. okey la aku mengaku = ='' ehh :) hee

    ReplyDelete
  3. ehh2...laju je mengkome2 ni komen...huhu ^_^

    ReplyDelete
  4. okey!!!!mengaku je lah kannn.ahakssss.

    ReplyDelete
  5. Baca nie pun dah senyum sorang-sorang. haha.

    ReplyDelete
  6. hehhehe.

    point nombor 4 tu tak kena dengan ambo.

    style ambo nih, bila jalan, mesti jalan laju laju.tak kisahlah time gi shoppping pon.

    then si dia selalu tertinggal kat belakang.

    oh, tak romantiknya ambo nih.
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Malu plak bila baca entry ni..ha ha tetiba teringat masa dok angau bercinta dulu...

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi