Kelebihan Hari Arafah




Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).


Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Puasa sunat ini dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).


Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). 


 Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Jumaat 26 oktober 2012 maka hari Khamis 25 oktober 2012 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya.Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

#SUMBER DARI PEMBACAAN..:)
SHARE2 LA YE KLAU IANYA BERMANFAAT...SYUKRAN JAZILAN..

Jom Berpesan-pesan #3: Beri Kemaafan



Didik lah hati agar sentiasa mendoakan mereka yang mengkhianati...
Walau ianya sakit doakanlah kerana tidak merugikan orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan..
Percayalah memberi kemaafan itu adalah jalan ketenangan malah membuka hati semakin lapang..
Kerana hakikat nya mereka ini yang patut dikasihani sebab bukan sahaja mereka menzalimi kita tetapi dalam masa yang sama mereka menzalimi diri mereka sendiri...

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”
(Hadis Riwayat Hakim)


Jom berpesan-pesan #2: Tak perlu tunggu


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas dengan diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya da pat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” (Imam Hasan al-Basri) 


Kadangkala kita malu utk menegur org yg melakukan kesalahan... Alasannya? krna kita jga masih melakukan kesalahan... nasihat juga hnya layak diberikan oleh org yang digelar ustaz, ustazah, lepasan sekolah agama, lepasan ijazah bidang agama....disebabkan ada yg berfikiran begitu, menyebabkan tiada yang bertindak...membiarkan kemungkaran berlaku di depan mata...



(jiwa kritikal)


KEADAAN JIWA TERLALU KRITIKAL REHAT BUKAN LAGI ALASAN YANG KUKUH...
AKU PERLUKAN LEBIH DARI ITU..
SESUATU YANG BERAT SEDANG MENJADI BEBAN MINDA YANG MAKIN TAK TERDAYA...
MENARIK DIRI DARI TUJUAN ASAL ITU KEPUTUSAN AKU BUKAN SENGAJA TAPI BERSEBAB...
KEADAAN MEMAKSA...
MAAF AKU PERGI JAUH MEMBAWA DIRI BUKAN NIAT MENINGGAL KAN KAU DISITU KERANA KAU SENTIASA BERSANDAR TEGUH DI HATI...

tekanan demi tekanan makin datang menerpa...
tak sanggup tinggal kan kenangan tapi apa daya aku terpaksa..
misi lama ku ganti kan dengan strategi baru...
meski melankolik berbeza rasa itu pendirian aku...

#Lenyap bukan selama nya aku bawa sekali cita-cita serta cinta kau dan KAU ...
masih
mencari kemana arah tuju menuju TUHAN ku...


*entri ni pun dah serabut apa lagi aku...