Bahagia itu...


Assalammualaikum...
entri kali ni cuma nak berbicara kosong mungkin...
hati tergerak untuk menaip angkara mesej yang kau beri semalam selepas lama juga menyepi..

"Diam bukan bererti aku sudah melupakan mu..tetapi kadang-kadang diri ini merasa buat apa aku mendekatimu hanya sekadar menyakitkan hati mu..maafkan saya kerana tak pernah mampu membahagiakan awak..terima kasih untuk kenangan kita.."

lama jugak aku merenung screen fon...
tersenyum kerana mesej dari kau akhirnya kunjung tiba..
lantas jari teragak-agak menaip untuk membalas..

"Bila awak mampu bahagiakan orang lain dan dia pun turut bahagia dengan awak itu cukup membahagiakan saya..:')
maaf tak boleh cakap panjang..Assalammualaikum"

lantas butang send di tekan..

selang beberapa minit..
masuk lagi mesej dari dia..

"Jika itu katanya bahagia..awak silap..saya hingga kini masih tercari-cari dimana bahagia yang hilang.."

dan aku biarkan ianya menyepi sendiri...

Belajar untuk memahami hati dan kau akan ketemu bahagianya disitu...
bahagia bukan pada kasih cinta insani sahaja tetapi kasih dan cinta Ilahi..
penuhkan hati mu dengan cinta Dia kerana disitu kunci bahagia...

Bahagia itu kelembutan rasa dari sekeping hati yang tidak meminta balasan.
Ianya rasa kurniaan Allah untuk dinikmati dengan rasa syukur dengan sekadar apa yang ada bukannya mengharap insan yang dicintai itu agar menjadi sempurna...



#Setiap orang punya cara berbeza untuk memperoleh bahagia..kau tak boleh sangkal itu..:')


Alhamdulillah..:)


Alhamdulillah...
Masih lagi bernafas di tahun baru (2013)...
Seperti biasa kembali menghitung hari-hari yang bakal mendatang dan usia pun bertambah lagi dari tahun ke tahun..
Tak sangka umur dah 20 tahun,tua nya..

Terasa terlalu singkat perjalanan hidup yang aku tempuhi..
terasa seperti semalam baru mendaftarkan diri ke alam persekolahan tapi itu semua hanya tinggal memori yang akan dikenang sampai bila-bila..*rindunya zaman tu*

Alhamdulillah..
Meskipun masa berlalu  tahun demi tahun itu telah pergi,
memudarkan keremajaan aku sedikit demi sedikit..
memudarkan segala kudrat yang ada..
namun aku berharap agar ia tidak memudarkan rasa kecintaan ku kepada agama-Mu..

Mudah-mudahan terus diberikan ketabahan untuk memelihara maruah diri dan memelihara iman..
In shaa  Allah..

Syukran Ya Allah.. :')

*"Perkara yang aku paling sedih apabila tibanya tahun baru ialah.. Umurku bertambah, tetapi amalanku tidak bertambah.."*