Bahagia itu...


Assalammualaikum...
entri kali ni cuma nak berbicara kosong mungkin...
hati tergerak untuk menaip angkara mesej yang kau beri semalam selepas lama juga menyepi..

"Diam bukan bererti aku sudah melupakan mu..tetapi kadang-kadang diri ini merasa buat apa aku mendekatimu hanya sekadar menyakitkan hati mu..maafkan saya kerana tak pernah mampu membahagiakan awak..terima kasih untuk kenangan kita.."

lama jugak aku merenung screen fon...
tersenyum kerana mesej dari kau akhirnya kunjung tiba..
lantas jari teragak-agak menaip untuk membalas..

"Bila awak mampu bahagiakan orang lain dan dia pun turut bahagia dengan awak itu cukup membahagiakan saya..:')
maaf tak boleh cakap panjang..Assalammualaikum"

lantas butang send di tekan..

selang beberapa minit..
masuk lagi mesej dari dia..

"Jika itu katanya bahagia..awak silap..saya hingga kini masih tercari-cari dimana bahagia yang hilang.."

dan aku biarkan ianya menyepi sendiri...

Belajar untuk memahami hati dan kau akan ketemu bahagianya disitu...
bahagia bukan pada kasih cinta insani sahaja tetapi kasih dan cinta Ilahi..
penuhkan hati mu dengan cinta Dia kerana disitu kunci bahagia...

Bahagia itu kelembutan rasa dari sekeping hati yang tidak meminta balasan.
Ianya rasa kurniaan Allah untuk dinikmati dengan rasa syukur dengan sekadar apa yang ada bukannya mengharap insan yang dicintai itu agar menjadi sempurna...



#Setiap orang punya cara berbeza untuk memperoleh bahagia..kau tak boleh sangkal itu..:')


3 comments:

  1. truth! betul..
    masing-masing ada definisi sendiri tentang bahagia..

    ReplyDelete
  2. pasangan akan melengkapi antara satu sama lain

    ReplyDelete
  3. kesenangan bila bersama itu salah satu kebahagiaan.

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi