Serius tak kena bayar pun..tapi..





Macam mana jika sekali kita bernafas kita kena bayar?
Bayaran untuk selama kita hidup..
Jika tak boleh nak bayar kita kena tahan nafas tu sampai kita boleh bayar...
agak-agak mampu tak?
Itu pun ada jugak yang merungut kenapa dia diberi hidup?
Sedangkan ianya
percuma tanpa bayaran sedikit pun...



Kadang tu...bukan sekadar "Ha" kan?


17:23



Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)

17:24

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa' 17:24)


# kadang tu...bukan sekadar "Ha" kan?
Allahu..:')


Bila? Entah la...


 merenung kembali blog yang dah hidup segan mati tak mahu ni entah apa yang aku nak merepek kan kali ni pun aku tak tau..
boleh pulak macam tu jadi nya..*ketawa besar*
Owh ye tadi dekat facebook ada sorang kawan ni tegur nak jual barang-barang dia rasa nya...
dan sememang nya memang aku tak minat dengan benda-benda 'gegirl' macam tu nak buat macam mana kawan layan kan jela...
sembang punya sembang promote punya promote last-last aku kata..

"sori la aku sebenaq nya memang tak minat..hang ni macam tak tau pulak aku macam mana..heheh"

"Ceh..pelik hang ni ingat kan dah berubah still macam dulu buat berbuih mulut aku dok promote pung-pang pung-pang..hahahah..Ni hang bila nak jadi perempuan betoi ni..still pakai 'sneakers' bila nak pakai 'heels' ?"

dan aku..erkk???
paham dah apa yang nak disampai kan dengan kosa kata 'sneakers' dan 'heels' tu..

dia cuma gelak dan mintak berlalu nak p promote kat orang lain pulak kata nya...

bila nak jadi perempuan betoi?
Emm..tengok la macam mana..
adik dengan mak pun selalu utara kan soalan macam tu dekat aku..

senyum je yang mampu..

*minat kita lain-lain..


Terbuang Masa? Buang Masa?




sebenar nya lama aku renung screen laptop dalam masa yang sama mengelamun pikir bukan-bukan berlatar belakang kan lagu Plain White T's tajuk apa entah lupa tapi sweet..sampai la lagu tu habis than ulang-ulang entah kali ke berapa aku tetap menatap screen laptop ni tanpa jemu niat nak menaip entry baru tapi entah macam mana idea dah makin berkurang untuk bercerita itu ini..

Tanpa sedar sebenarnya aku dah terbuang masa dekat depan ni entah berapa jam.
Eh? tapi kan ada ke ayat terbuang masa tu? ke memang sengaja aku buang masa padahal banyak benda yang aku boleh buat dari mengadap benda ni...
owhh rugi nya..

*campak laptop*


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk ...apa." 
(HR Tirmidzi).