AMALAN YANG DIBAWA KE SYURGA


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang manusia mati,putuslah amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." - HR Iman Ahmad

 A. SEDEKAH JARIAH

"SEDEKAH JARIAH" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Ta'ala seperti:

1. Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum atau mewaqafkan untuk menjadi tapak masid,surau,rumah anak yatim,madrasah,sekolah dan sebagai nya

2. mendirikan atau berkhairat ala khadarnya untuk mendirikan masjidsurau,rumah anak yatim,madrasah,sekolah dan sebagai nya.

3. Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umumuntuk orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

4. Mendirikan rumah "Musafir Khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

5. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan khutub khanah,mencetak al-Quran dan kitab-kitab islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam islam ini bermula semenjak zaman Rasullah SAW dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga ke hari ini dan seterusnya malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf" di negara masing-masing.

Selagi harta yang di waqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.


B. ILMU YANG BERMANFAAT

"Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain."

yang tersebut dalam hadis ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum sama ada melalui syarahanya kepada murid-muridnya dan orang ramai atau melalui kitab-kitab dan buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

C. DOA ANAK YANG SOLEH

Doa anak kepada kedua ibu bapanya sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna tetapi doa anak yang soleh lebih diharapkan tentang makbulnya.

Sebab Rasullullah SAW menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadisnya ini supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-sebaiknya sehingga anak itu menjadi  orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan doa anaknya yang soleh itu..

In Shaa Allah :)
Moga bermanfaat..

2 comments:

  1. peringatan yg baik. jzkk :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing..peringatan yg baik utk diri saya :)

    ReplyDelete

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-

budi bahasa lambang peribadi